Pages

Friday, April 10, 2009

Tips Kecantikan Yang Sering Diabaikan Oleh Wanita-wanita Yang Cantik

Ya. Tiba-tiba rasa nak kongsi tips ini dengan anda semua. Saya tidak layak untuk memberi tips ini sebenarnya kerana saya tidaklah secantik orang2 lain yang selalu memberi tips kecantikan. Haha. Tapi tidak mengapalah kerana tips ini saya dapat daripada orang2 tua dan kawan2 di sekeliling saya.

Tips Kecantikan Mudah


1. Sila minum air kosong secukupnya setiap hari. Penting untuk membuang toksin2 dalam badan anda yang sememangnya bertoksin itu. Juga penting untuk mengekalkan kelembapan kulit pada tahap yang sepatutnya.

2. Jangan minum air berais terlalu kerap. Ianya boleh membuatkan perut anda semakin buncit. Minum air suam kerana ianya lebih baik untuk tubuh badan anda.

3. Elakkan minum air sebaik sahaja selepas makan untuk mengelakkan buncit. Minum air sekurang2nya 20-30 minit selepas makan. Ini adalah salah satu petua untuk awet muda juga.

4. Jangan sekali2 mencukur bulu ketiak anda. Ini akan membuatkan kawasan ketiak anda menjadi gelap atau hitam! Sebaiknya cabut atau wax bahagian ketiak anda.


5. Sila sental daki2 pada badan anda sekurang2nya sekali seminggu. Gunakan berus scrub itu untuk menyental daki2 anda. Hasilnya anda akan mendapati kulit anda lebih lembut dan licin.

6. Jaga kebersihan kuku dan kulit. Kalau anda slim sekalipun tapi kulit hodoh itu adalah kerugian bagi anda. Rajin2 kan diri membelai kulit dengan pelembap, body butter, minyak zaitun untuk kulit kering. Dan pakai pembersih muka yang sesuai untuk badan dan muka berjerawat.


7. Dan tips terakhir, jaga peribadi anda. Apa guna kalau muka cantik sangat2 dan body hot sexy kalau perangai macam setan. Hehehe. :-p Kerana sangat ramai wanita yang saya jumpa berperibadi sangat mulia sehingga menampakkan muka mereka sangat cantik dan berseri2. Itulah kecantikan yang sebenar2 kecantikan.

Sekian.
(^_^)

4 comments:

ihsan_huhu said...

fuh.. body butter tuh pe?

nadxoxo said...

wah menarik tips ni. bende2 yg sll dilupekan kan?

idham said...

orang cantik harus baca post ini...

Cik Kmar said...

esan, body butter tu cm losyen.

nad kne amalkn tip2 ni sbb nad bkl pngantin ;-)

idham, semua perempuan cantik, so semua perempuan kena baca tip2 ni. :)