Pages

Friday, April 3, 2009

Bila Lelaki Menjadi Dayus

Saya terbaca benda ini dalam Tagged. Ada seorang hamba Allah mengeposnya. Saya mengagak dia pun copy paste dari tempat lain (ada kemungkinan juga dia tulis sendiri). Tapi yang penting pasal nota ini adalah isi yang ingin disampaikan. Peringatan kepada saya yang selalu leka dengan cinta, keindahan dan kesibukan dunia.
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan? Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


Selama ini pun saya kurang suka melihat perempuan-perempuan terutamanya yang sudah menjadi isteri orang memakai pakaian seksi2. (Saya tahu dan sedar saya bukanlah sempurna dalam menutup aurat). Saya sering terfikir kenapa suami mereka tidak marah mereka berpakaian sedemikian. Jika belum berkahwin saya faham kerana bukannya senang untuk ibubapa menasihati anak. Namun untuk seorang isteri memakai pakaian seksi adalah seolah-olah tidak menghormati suaminya. Sebab itulah apabila sudah berkahwin, amatlah penting untuk suami menasihati isteri kerana kuasa cinta isteri kepada suami sendiri sebenarnya mampu mengubah seorang isteri yang kurang menjaga pakaian kepada yang lebih menutup aurat, dengan syarat suaminya menasihatinya dengan penuh kasih sayang kerana Allah.

Saya berdoa semoga saya dijodohkan dengan seorang lelaki yang mampu membimbing saya ke jalan yang benar. Yang akan menasihati saya apabila saya membuat kesalahan. Yang akan memarahi saya jika saya tidak menutup aurat. Yang akan berpesan kepada saya supaya tidak melanggar syariat-Nya. Dan saya tahu untuk saya memiliki seorang suami seperti itu, saya harus menjadi seorang yang betul2 baik. Dan saya akan terus berusaha ke arah itu.


Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah-Nya kepada kita semua. Amin.

9 comments:

FarHa said...

aminn semoga sama2 kita di beri petunjuk olehnye..

hermm skdr nak berkongsi, Dr. othman iaitu my lecturer ada ckp, kalo sekali hati kite terlintas untuk membuat sesuatu kebaikan..kita kena buat secepat yg mungkin..sbb sekali kita tanggunh dah susah nak buat...sbb lintasan tu gerak hati kita yg tibe2 dtg...k tu je..

Cik Kmar said...

thnx farha =)

semut sesat said...

info yang bagus untuk santapan rohani..mmg ramai yg dayus zaman ini..huhuhu

ctnaquia esir said...

ameen...
ini jugala doa nakia setiap hari,
i know i am not good enuf in every aspect, and bak kata kak kmar, "bukan senang utk ibubapa menasihati anak", lelagi bila da besar2 nih. Uhuk2~ But i prayed, everyday, to find someone who can guide me to the right pathways...

=)

[ley tak nak 'curi' post nih jgk...nk letak kt my blog, sbb nakia suka sgt post nih!!]

ihsan_huhu said...

apsal bau nasik minyak mcm makin kuat je nih...

kawen kat oz r.. sng aku nk dtg

Cik Kmar said...

semut sesat, doakn smoga lelaki2 bdekatan kte bkn tgolong dlm golongn ini.

nakia, bleh curik. xde hal. akak pn amik dr tmpt lain. LOL.

psal ko bau nasi minyak tibe2 ni ihsan. was2 plk aku.

Kujie said...

selepas berkahwin...syurga isteri bergantung pada suaminya

wahai suami..... bawalah..bimbinglah isterimu


p/s..maaf..mama baru ade mood nk jejalan....dah baik sikit dah

BuahKranjiDalamPerahu said...

saya setuju untuk tidak dayus...siap la bini saya nanti..err.. ade calon untuk saya tak??

liza_ixora said...

post yang menarik..

Allah berfirman dalam surah An-Nur 24:26 "perempuan2 yg keji utk lelaki yg keji, dan lelaki yang keji utk perempuan2 yg keji (pula), sedangkan perempuan2 yg baik utk lelaki yg baik, dan lelaki yg baik utk perempuan2 yg baik (pula)..."

bak kata Ustz Pahrol mohd Juoi dlm buku tentang cinta "jadilah soleh, yg solehah akan dtg. Jadilah solehah, yg soleh akan dtg"

ape gunanya sedar kalau tak mahu berubah, ape gunanya sekadar mahu berubah tp tak ambil tindakan..?? Jom sama2 jadi solehah, smg yg soleh akan datang..hehehe..