Pages

Sunday, February 15, 2009

Petua Penjagaan Diri Zaman Moden

Mari kita lihat petua-petua berguna untuk menjaga kecantikan dan kebersihan diri.

1. Mandi susu amat baik untuk memutihkan kulit, menghaluskan dan membekalkan kelembapan kulit pada tahap yang sepatutnya. Tetapi jika anda tidak mampu membeli susu ataupun terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk menyediakan susu untuk mandi, cuba gunakan Johnson & Johnson Baby Milk Bath kerana ia berkesan untuk melembapkan kulit anda seterusnya mengelakkan kulit anda menjadi kusam dan kering. (Inilah satu-satunya produk yang berkesan untuk mengelakkan kulit saya menjadi kering ketika saya berada di Melbourne yang bercuaca kering. Tapi J&J sedang diboikot kan. Haha!)

2. Gunakan minyak kelapa yang ibu-ibu suka buat itu untuk dipakaikan kepada rambut anda kerana ia mampu mengelakkan kelemumur bersarang di kulit kepala anda, di samping mengelakkan keguguran rambut dan pertumbuhan uban. Tapi jika tidak ada masa untuk membuat minyak kelapa asli, beli saja minyak kelapa dara yang ada dijual oleh syarikat2 melayu itu. Jika tidak mampu pun beli sahaja minyak zaitun baby cap Safi ke Shurah ke cuma kesannya tidaklah sehebat kesan menggunakan minyak kepala la.

3. Sapukan air basuhan beras pada muka untuk menjadikan kulit muka anda lebih lembut dan licin. Tapi kalau malas tahap cipan, beli saja produk SKII kerana ia juga menggunakan ekstrak air beras. Tapi jika tidak mampu juga sila beli produk lain yang menggunakan ekstrak air beras juga.

4. Rebus daun sirih dan gunakannya untuk membersihkan dan mengelakkan kegatalan pada alat kelamin wanita, disamping itu ia juga dapat menolong mengembalikan kehebatan dan keintiman bahagian tersebut. Jika malas untuk mencari dan memetik daun sirih, bolehlah gunakan sebarang pencuci wanita yang menggunakan ekstrak daun sirih seperti jenama Sireh Manja, Sumber Ayu dan yang sewaktu dengannya.

5. Untuk mengurangkan kelemumur dan mengembalikan kesegaran kulit kepala, amalkan menyapu air limau purut pada bahagian kepala. Tapi jika tidak ada masa untuk melakukannya sendiri dan orang lain malas menolong anda menyapunya di kepala, gunakan sebarang syampu yang menggunakan ekstrak limau purut seperti Sunsilk dan yang sewaktu dengannya.

Sekian sahaja untuk petua kali ini. Cubalah sedaya upaya mengamalkan yang tradisional kerana mengamalkan yang cara moden itu tidak akan mampu memberikan kesan yang sama seperti yang tradisional kerana yang moden itu telah bercampur dengan bahan2 kimia.

2 comments:

ihsan_huhu said...

so kire ko nih hebat dan intim r ek?

fuh power2

Cik Kmar said...

amboi3 ihsan bab2 tu cepat je tangkap ye. aku cuma share aje petua yang aku tahu. aku mana amalkan lagi. bab2 hebat dan intim tu tak berkenaan dengan aku. aku belum kahwin lagi dowh. hahaha.