Pages

Friday, January 9, 2009

Customer Servis Yang Power

Saya berasa gembira kerana dapat online semula. Selama 3 hari rumah saya tiada internet. Telekom menuduh kami tidak membayar bil. Sehinggalah semalam kakak saya menunjukkan bukti-bukti bahawa dia telah membayar bil internet melalui Maybank2u. Kemudian barulah pihak TmNet menyambung semula internet kami.

Dalam tempoh 2-3 hari lepas juga, saya memerlukan internet kerana ada beberapa urusan penting yang perlu diselesaikan. Untuk urusan kurang penting saya meminta tolong Abang. Tapi untuk urusan penting yang tidak dapat dibuat oleh orang lain, saya terpaksa ke CyberCafe. Kebetulan semalam talian internet di Terengganu mempunyai masalah (saya rasa ada beberapa tempat lain juga mempunyai masalah internet), merayau-rayau saya sampai ke bandar Kuala Terengganu mencari CyberCafe yang ada internet. Akhirnya CyberCafe ke-5 yang saya pergi mempunyai sambungan internet.

Tapi hanya Tuhan tahu betapa 'lajunya' internet mereka. Saya ke sana hanya untuk menghantar beberapa emel. Yang boleh dilakukan cukup 5-10 minit. Tapi internet yang super lembap gaya siput sedut itu menyebabkan saya terpaksa menunggu sampai 2 jam hanya untuk menghantar 4 emel. Sakit hati bukan? Sudahlah bayaran CyberCafe bergantung kepada lama mana anda menggunakan komputer+internet, makin lembap internet makin lama la anda terpaksa berada di situ dan makin banyak la jumlah yang anda kena bayar! Saya bersumpah tidak mahu pergi ke CyberCafe itu lagi. Menjengkelkan. Untuk orang yang suka berlengah-lengah tidak mengapalah. Tetapi untuk orang yang busy dan menghargai masa seperti saya (kononnya), amat geram lah rasa apabila benda boleh buat sekejap sahaja jadi terlalu lama. Wasted! Huhu.

Apabila balik ke Malaysia sejak September lalu, saya jadi sedikit meluat kerana customer service di sini agak teruk. Saya bukan mahu memuji negara lain tetapi berpada-pada lah wahai orang Malaysia dengan servis perkhidmatan anda. Saya paling kagum sistem perkhidmatan pelanggan di China, Jepun dan Korea. Mereka sangat menghargai masa, melalukan kerja bersungguh-sungguh dan pantas, cekap. Saya pernah berborak dengan seorang imigran China di Australia satu ketika dahulu dan dia mengutuk customer servis Australia yang lembap, sedangkan bagi saya, servis di Australia sudah cukup bagus berbanding di negara saya. Saya dapat rasakan kalau dia datang ke Malaysia, dia boleh pengsan menunggu segala benda untuk dibereskan. Haha.

Cuba bayangkan, di saat penuh orang dalam bank menunggu giliran, kaunter-kaunter bank hanyalah dibuka 1-2 kaunter sahaja. Mereka tidak nampak ke dalam bank tu orang ramai menunggu sampai kan nak duduk pun sudah tiada tempat. Hal yang sama berlaku apabila anda pergi ke Pejabat Pos dan menunggu giliran membuat bayaran di kaunter pasaraya. Macam tiada perasaan mahu buka kaunter baru. Sungguh pelik.

Hari itu kakak saya mahu membuat kad meriah Mydin (ala-ala loyalty program card utk pasaraya Mydin), dan terkejut dia apabila perlu membayar RM12 untuk membuat kad itu. Bukankah kad-kad sebegitu perlu diberi percuma kerana tujuannya untuk menggalakkan orang membeli di kedainya? Pelik kuasa 2. **Dan tidak lupa juga, hari itu juga saya mendapati satu ATM Maybank dalam Mydin Mall rosak di bahagian untuk memasukkan kad. Seolah-olah ada orang mencucuh api disitu, dan bentuk untuk memuatkan kad menjadi bentuk lain. Hm. Entah siapa yang berdendam dengan Maybank atau Mydin sampai dibuat ATM itu sebegitu rupa. Kalau pun berdendam dengan Mydin/Maybank, janganlah rosakkan ATM itu sebegitu. Tidak fikirkah ramai lagi yang mahu menggunakan ATM itu? Bagaimana kalau ada orang yang ingin menggunakan ATM itu memerlukan wang kerana emergency. Hm. Tolonglah fikir tentang orang lain juga, bukannya diri sendiri sahaja.

Sekarang ini di bandar Kuala Terengganu sedang sibuk dengan pilihanraya yang akan berlangsung tidak lama lagi. Saya tidak kisah benda itu, tapi yang menyedihkan saya, pihak atasan menyekat beberapa jalan-jalan penting. Kawasan penamaan calon adalah berdekatan dengan Hospital KT, jadi kesesakan jalanraya berlaku dengan hebatnya. Mungkin orang akan bagi laluan kepada ambulans yang ingin ke hospital, tetapi macam mana kalau ada suami yang menghantar isteri yang mahu bersalin. Alamaknya bersalin lah dia dalam kereta ya, kerana kereta tidak boleh bergerak gara-gara kesesakan jalanraya. Saya ada nampak polis trafik menjaga beberapa jalan utama, tapi ada juga jalan-jalan yang tertinggal untuk dijaga. Hmm. Pening juga kepala saya. Saya kadang-kadang tidak faham bagaimana cara orang-orang ini berfikir. Mungkin kita rakyat Malaysia perlu didedahkan dengan cara pengurusan yang lebih efficient.

Semoga generasi-generasi akan datang lebih bertanggungjawab dan lebih bagus dalam mengendalikan sesuatu perkara. Kerana benda-benda sebegini walaupun nampak remeh tapi sebenarnya amat penting untuk memajukan negara. Semoga. Dan semoga menjadi kenyataan. Amin.

(** Kejadian ini tidak berkaitan dengan customer service)

5 comments:

en_me said...

orang nak dengki tak kira kesusahan orang lain.. sodeyyy kannns

Cik Kmar said...

hmm. orang malaysia mmg ramai yg tak fikirkan tentang org lain(not all but generally). bersabar je la. huhu.

FarHa said...

aii...ermm cam pelik lakk bc 'saya' hehe..per2 pon tu lah adat melyu n malaysia waaaaaaaaaaaa

ihsan_huhu said...

tuh blom yg muke masam gle.. kl cun xpe r sket

Cik Kmar said...

haha ko ihsan. asal awek cun je sejuk hati ek. hak3.