Pages

Wednesday, October 29, 2008

Pencinta Bahasa

Saya tidak pernah menjadi atau cuba untuk menjadi penterjemah Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu di mana-mana tempat sebelum ini. Apabila Friendster diBahasa Melayukan, saya tergelak guling-guling membaca Friendster dalam Bahasa Melayu. Ketika itu saya tertanya-tanya kenapalah penterjemah yang bertugas di situ terlalu tidak pandai menterjemah bahasa.

Namun apabila Facebook Team memulakan usahanya untuk memBahasa Melayukan (juga membahasa lainkan) Facebook untuk meluaskan lagi rangkaiannya, sebagai pencinta dan penutur asli Bahasa Melayu saya terpanggil untuk menyertai golongan-golongan penterjemah Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu. Facebook menjemput kebanyakan penutur bahasa ibunda mereka untuk menolong menerjemah beberapa ayat dan perkataan yang mereka belum mampu menerjemahnya. Apabila saya berada dalam kelompok ini baru saya mengerti, betapa susahnya untuk menukar sesuatu yang sudah biasa kita gunakan dalam Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu. Kebanyakan perkataan tidak dapat saya tukar ke dalam Bahasa Melayu dengan sebetulnya. Baru saya sedar bahawa tugas seorang penterjemah bahasa adalah sukar sekali dan saya belum menguasai bahasa ibunda saya dengan sepenuhnya.

Kerana kegagalan saya untuk menterjemah dengan sebaiknya, saya sudah berhenti menggelakkan perkataan-perkataan Bahasa Melayu yang ada dalam Friendster dan Facebook. Mungkin saya kurang biasa tapi itulah hakikatnya, menterjemah bahasa bagi perkataan yang digunakan dalam internet ternyata lebih sukar daripada menterjemah dan menyediakan sarikata dalam sesebuah filem/cerita yang ditayangkan di TV. Kepada golongan-golongan yang amat pandai dan cemerlang dalam penterjemahan Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu, anda adalah dialu-alukan untuk menyertai aplikasi Translation melalui Facebook (jika anda mempunyai akaun facebook) untuk memudahkan kerja Facebook Team dalam membahasamelayukan Facebook. Dan dengan menyertai aplikasi ini anda juga dapat menguji sejauh manakah kehebatan Bahasa Melayu anda. Saya tahu ramai rakan saya yang lebih arif dalam Bahasa Melayu daripada saya, jadi dipersilakan ke sana.

Monday, October 27, 2008

Majlis Sambut Menantu Faisal & Hati

Semalam, 26 Oktober 2008, rombongan daripada keluarga kami bertolak bersama-sama dengan pengantin perempuan, iaitu kakak ku, ke rumah suaminya di Manir, Terengganu. Senang betul kakak aku, kahwin dengan orang 1 negeri, 1 daerah pulak tu. Memang takde masalah la korang nak balik kampung nanti ye. Jeles2.



Majlis berlangsung sekejap saja, tujuannya cuma untuk menghantar kakak ku ke rumah mentuanya. Kami tiba di destinasi pada jam 11.45pm dan bermula lah perarakan masuk ke kawasan rumah suaminya itu.

Selepas bergambar dan perut kenyang, kami pun pulang. Sungguh bosan aku 2-3 hari ni, asyik makan daging aje. Muak jugak la. Hehe. Tapi takpe, dah rezeki makan daging kn, telan je la. Kepada kawan2 yg ada ahli keluarga nak kahwin dalam masa terdekat ni, jangan lupa jemput ye. Kalau korang yg nak kahwin lagi la wajib jemput aku. Hmm.

Dan hari ini juga, semua kakak2 ku pulang ke tempat kerja masing2, jadi sunyi la kembali rumah ini tanpa suara kanak2 kecil yang merupakan cucu2 parents ku. Kalau ade dieorang xde la bosan sgt, leh main2. I love kids. Nak tunggu anak sendiri lambat lg kn. Hmm. Alahai rindu dah kat anak2 saudara aku. :'(

Saturday, October 25, 2008

Kak Nurul's Wedding


Yesterday, the solemnization ceremony for my sister and her husband was held in my house. My sister, Nurulhati binti Ghani was officially Mohd Faisal bin Rameli's wife at 11am. And now, i am officially the oldest single woman in my siblings, as 3 of 7 girls in this family has been officially taken. Hmm, i will wait for my eldest brother first to get married, no need for me to langkah bendul my brother. Lol.

Still 'shy-shy cat' right after akad nikah

My sister and her husband were in the same homeroom in MRSM Pengkalan Chepa when they were in Form 4-5 in 1998-1999. They started dating when they were 23 years old, after they met again in 2005. They got engaged last March and married 7 months later.

The reception ceremony for my sister was held also yesterday, from 11am-5pm at my house. To my friends that came, thanks. Some of the people that i did not expect to come were Ustazah Saniah and her bestfriend (another Ustazah in MRSM PC but i did not remember her name), they came from Kota Bahru, i was really surprised of their presence. Also Cikgu Azlina, my teacher when i was in SK Bukit Tunggal, as she was also the teacher for my sister. Now Cikgu Azlina is working in SK Bukit Tumbuh, the school for my younger brothers and sister. Also some of my childhood friends that came, i had a very long conversation with them, we have not met for years, so imagine how many stories we have to share and update each other. And of course, all my childhood friends said that i am lebar, berisi, tembam and nampak besar now. Haha.


The wedding cake and cupcakes

Selamat Pengantin Baru to my beloved sister, semoga diberkati Alah selalu dalam kehidupan dan perkahwinan, and if i get a new niece or nephew next year, i am ready for that, i love kids, haha~ :-p

Thursday, October 9, 2008

Top 200 Universities 2008


Tahniah kepada universiti kesayangan ku yang menjadi tempat menimba ilmu ku selama lebih kurang 4 tahun, kerana masih lagi mampu mengekalkan taraf sebagai top 50 universiti di dunia. Tahun 2008 menyaksikan kejatuhan yang agak mendadak bagi University of Melbourne, di tempat ke-38, berbanding tempat ke-27 pada 2007, ke-22 pada tahun 2006 dan tempat ke-19 pada 2005(zaman paling gemilang universiti ku).

University of Melbourne berada di tempat ke-3 di kalangan universiti2 Australia, di belakang Australian National University(tempat ke-16) dan University of Sydney(tempat ke-37). Manakala universiti2 lain di Australia yang tersenarai dalam Top 200 Universities bagi tahun 2008 ialah University of Queensland (ke-43), UNSW (ke-45), Monash University (ke-47), UWA (ke-83), University of Adelaide (ke-106) dan Macquarie University (ke-182).


Tiada satu pun universiti di Malaysia tersenarai dalam Top 200 Universities untuk tahun 2008 ini. Thailand menyaksikan sebuah universitinya, Chulalongkorn University berada di tempat ke-166, mengulangi kejayaannya menempatkan diri di kalangan 200 universiti terbaik dunia pada tahun 2007. Singapura pula berjaya menempatkan dua buah universitinya di kalangan 200 universiti terbaik dunia, National University of Singapore(ke-30) dan Nanyang Technological University(ke-77).

Dan seperti biasa, Top 5 universities 2008 mengikut turutan adalah Harvard University, Yale University, University of Cambridge, University of Oxford dan California Institute of Technology.

Sekian sahaja untuk laporan Top 200 Universities bagi tahun 2008. Semoga University of Melbourne akan berusaha dengan lebih gigih untuk memperbaiki ranking universiti pada tahun2 hadapan. Sekian, terima kasih.

Laporan dipetik dari
QS Top Universities

Tuesday, October 7, 2008

Kesangapan, Pengangguran, Keabiscutirayaan, Lepakking

Dis morning randomly tibe2 geng2 aku, Syati, Nabil dan aku plan nk kuar. Hahaha. Name pn org xde keje kn. Lgpn Syati nk mkn KFC. Katenye KFC Indonesia xsesedap Malaysia. Sementara Syati masih cuti smpai sabtu ni and ada kat Trganu, so kiteorang kuar le. Sorg lg membe ganu yg tnm anggur, Syeri, xle join. Syeri tu klo nk ajak kuar kne inform sehari lebih awal. Bz nye die smpai kne wt appointmnt. Hahaha.

Mule2 gi mkn KFC. Fuhhh jalan Ganu dah xjem. Lega gile tgk. Kalo hari raye aku lg rela xkuar. Tgk kete atas jln cm ape je ms raye. Skrg sume dh blk bndr blk, bgus2, jln pn clear. Hahaha. Nape la ye Ganu cam KL ms raye. Kelantan pn. Agaknye bnyk sgt kot org Ganu Kelantan blk kmpung, jd la sesak kat kampung2 cm tmpt aku nih. Pnye r bnyk bedal kat KFC td. Xde kuase dh aku nk control mkn. (Cam aku pnh cntrol mkn je. Ahahahaha.) Ternyata KFC Malaysia lg sedap dr Australia. Kan kan. KFC Australia xde ayam spicy. Ade original je. Klo nk yg berempah sile mkn Wicked Wings. Pstu xde sos cili kat KFC Australia, kn kn. Tp aku td mkn ayam KFC xcicah sos cili pn. Jd omputihs dh aku. Gelak sakan Nabil ngn Syati sbb aku cm xsuke cicah ayam KFC ngn sos cili. Hahaha.

Pstu plan nk gi beli baju, gi astaka. Hmm mekasey je la. Xde 1 pn baju kat ctu yg kami2 berkenan. Hmm. Same aje taste 3 org ni kot. Dh r kuar2 td pkai baju hitam sume. Coincidence ok, xplan pn. Mmg smngt setiakawan tnpa batasan btol. Haha. Last2 jalan2 kunon nk gi main bowling. Gi r dkt2 area Kuala Ibai. Hmm, rmai gk org tgh main bowling kat ctu. Aku ngn Syati xmo main le, segan. Org yg tgh praktis kat ctu td cam pro2, asyik strike aje. Nnt krg depa tkejut plk aku main asyik msuk longkang aje. Hahahaha.

Pstu bosan gile xtau nk round mane, tup2 gi Salun Rambut. Hahahaha. Tiga2 kami potong rambut. Dgn fesyen pilihan masing2. Korg2 yg pnah tgk rmbut aku dlu, aku nk gtau, rmbut aku dh pendek ok! Hahahaha. Rs cm xmo pkai tudung je lps die potong rmbut td, takot rambut baru ku tu rosak, Hak3. Cuci2 rmbut+potong td kat kedai aunty Cina tu, murah aje. Rs ringan dan best kepala. Sbb die bersih kn dan potong cntik2. RM30 aje. Tu pn sbb rmbut aku pnjg. Nabil ngn Syati kne RM25 aje, sbb depa nye rmbut lg pendek dr aku. Klo korg rs nk potong rmbut kat K.Trganu, try Salun Rambut Fujima tu ok, aunty tu ramah. Pstu die potong cntik. Fesyen2 gtu. Dkt2 ngn pasaraya astaka gtu kedai die. Lenkali klo aku berangin nk wt fesyen rmbut aku gi lg la kat ctu ye. Hahahaha.

Lps abis potong rmbut tu, gi plk mkn kat Batu Burok. Hahaha. Kuat mkn tol 3 org nih. Dh habis mkn2, blk le. Before blk smpt r teman Nabil jap gi beli mknn kat adik2 die kat Pizza Hut Giant. Thanx ye Nabil slalu drive bwk aku kuar. Thnx jgk ye sbb blnje aku td. Thnx to Syati too belanja mkn KFC td.

Sronok tol kuar jln2 ngn membe tsayang di saat2 sangap. Xsbr nk kuar ngn dieorg2 lg, sbb xpnh nye kteorg abis gossip. Hahahaha. Membe2 mmg best!!!

Saturday, October 4, 2008

Biskut Dahlia dan Biskut Sarang Semut



Biskut Dahlia

Biskut yang biasanya dihidangkan pada hari raya ini juga terkenal dengan nama biskut semperit dan biskut bunga cina..
Bahan-bahan:-
300gm mentega
Secawan gula

2 cawan tepung

1 cawan tepung jagung

1.5 cawan tepung kastad

2 biji kuning telur

Esen vanila

Ceri untuk hiasan


Cara membuat:-
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Campur kan tepung-tepung di atas sehingga terbentuk menjadi doh. Kemudian masukkan ke dalam acuan dan picit/bentukkan seperti biasa. Tambah kan ceri di atas untuk hiasan (boleh juga guna manik/chocolate chip).


Biskut Sarang Semut

Bahan-bahan dan cara membuat:-

Bahan-bahannya sama seperti bahan-bahan untuk membuat biskut dahlia, tetapi ratio tepung-tepung kepada mentega perlu dikurangkan sedikit (juga gunakan hanya 1 biji kuning telur instead of 2) untuk menghasilkan adunan yg lebih lembut. Doh yang lembut itu kemudiannya diparut ke dalam bekas, dan sudukan doh yang telah diparut kecil-kecil itu ke dalam paper cup. Taburkan chocolate rice sebagai hiasan.

Biskut-biskut ini adalah biskut yg wajib ada di rumah saya pada hari raya, resepi tradisi turun temurun. =)

Friday, October 3, 2008

Hari Raya Aidilfitri 2008


Hari Raya 2008 merupakan hari yang bermakna buat kami, ahli keluarga Encik Ghani dan Puan Fatimah kerana kesemua ahli keluarga ini pulang ke Kuala Terengganu untuk meraikan Aidilfitri bersama-sama. Semoga kebahagiaan akan terus melimpahi keluarga kami dan semoga Allah memberkati keluarga kami sentiasa...