Pages

Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Aidilfitri kepada semua muslimin muslimat tidak kira di mana jua anda berada. Semoga Aidilfitri kali ini memberi makna yang lebih bererti buat kita. Di kesempatan ini saya ingin meminta maaf atas segala salah silap saya zahir dan batin, halalkan segala makan minum saya dan semoga hidup kita lebih diberkati dan diredhai-Nya... Insya-Allah..

Monday, September 29, 2008

The Bestest-Buddies Reunion

Just now i had dinner(or break fast) with my bestest-buddies. 6 of us; Nabilah, Syeri, Dada, Wann, Syati and me finally make this gathering a reality today despite of several problems that have arisen since this afternoon as some of us couldn't make it at the first place. Thanks to all of my friends that came, making this is the first gathering that reunite all of us at one time, as some of us still study overseas, which makes our chance to meet a little bit harder for these few years.


We had our meal at Uncle Chua Kopitiam, next to Secret Recipe restaurant in Kuala Terengganu. That was my first time had my meal there, and the restaurant is really good. With nice waiters, tasty food and clean, comfortable atmosphere, we were satisfied with everything we had there. I had 'Mi Kari' and orange juice for my dinner, while others had 'Char Kuey Teow', 'Nasi Lemak', 'Mi Tom Yam', 'Nasi Paprik' and juices, and we did share Peanut Thick Roast and 'Roti Kaya' together. I am sure that i will eat again in that restaurant in the future.

And after we had our dinner, we went to Terengganu Trade Center for a quick 'Raya Shopping' as some of us wanted to find shoes and 'tudung' for 'hari raya'.


Back to our stories, 5 of us are friends since we were 13 years old, and at that time we studied at MRSM-YT Besut. Then all of us together went/transferred to MRSM Pengkalan Chepa in Form 4, after we got good PMR results. We met Syati there and we were in one gang at that time, and we always contact each other after our SPM, eventhough after SPM all of us had different routes of studying and life. Wann and Dada are still studying, Pharmacy (UIA) and Biomedical Engineering (UniKL) respectively, will be finishing their degree next semester, while Nabilah just started her master this semester at UMT. While Syati, who is going to be a doctor, is now furthering her study in Indonesia. Syeri and i just graduated last semester and we are waiting for better job and study offers.

We still friends until today and i should say these girls are the bestest friends that i have ever had. No one can replace them in my heart, how we care about each other, together through ups and downs and so many things that we have experienced, these girls are the ones that are always there for me and for each other. Having them as my friends are the greatest gift from God that i have.

May this friendship last forever. All the best to all of us in our future~ (^_^)

Saturday, September 27, 2008

Wahai Mimpi Ngeriku

Wahai mimpi ngeriku,
Pergilah dikau jauh dari hidupku,
Jangan pernah kau kembali lagi,
Kerna cukuplah dengan apa yang ku rasa,
Apa yang telah ku lalui,
Sewaktu bersamamu mimpi ngeriku,
Jangan dikau seksa aku lagi,
Aku sudah tidak mampu menanggung lagi,
Betapa aku menyesal kerna pernah bertemumu mimpi ngeriku,
Betapa aku berharap agar aku tidak pernah mengenalimu mimpi ngeriku,
Penyeksaan yang pernah ku lalui dulu,
Jangan dikau buat ku rasai lagi penyeksaan itu,
Walaupun penyeksaan itu sekadar penyeksaan emosi,
Namun itu cukup untuk membuatkan ku sakit,
Dan aku tidak sanggup lagi merasai kesakitan itu,
Pergilah jauh-jauh mimpi ngeriku,
Jangan sekali-kali dikau datang padaku,
Walaupun hanya sebagai mimpi,
Pergilah dikau selama-lamanya dari hidupku,
Dan jangan kembali padaku,
Walaupun hanya sekadar sebagai seorang sahabat,
Selamat tinggal untuk selamanya mimpi ngeriku...

Cornflakes Madu


Salah satu kuih raya yang senang untuk dibuat. Sesuai dihidangkan pada hari raya atau majlis makan2.


Bahan-bahan:-
2 cawan cornflakes (dihancur2 kan)
90gm butter
2-3 sudu madu (bergantung kpd kepekatan madu)
1/2 cawan gula

Cara membuat:-
Mula2 panaskan kuali/periuk, masukkan butter, gula, biarkan cair. Campurkan madu. Kemudian campurkan cornflakes yg telah dihancurkan. Tutup api. Kemudian masukkan cornflakes ke dalam bekas kertas2 kecik itu, boleh tambah hiasan2 yg anda gemar (saya suka tambah chocolate and rainbow rice). Kemudian masukkan ke dalam oven selama 10-20 minit pada 150 darjah celcius. Siap!

Selamat mencuba~

Friday, September 26, 2008

The Small Reunion


Finally, last Wednesday nite, dapat jgk jumpe sebahagian drpd kwn2 lama MRSM-YT Besut yg sudah lama aku xjmpe. Sudah 2 kali plan bukak pose bersame2 ini ditangguh. Dan alhamdulillah dapat dibuat juge.

Seramai 13 org yg dtg; Aku, Egie, Nabilah, Mimah, Hala, Ajaq, Muaz, Pali Salleh, Che Mad Hazwan, Ibrahim Helmi, Muaz dan Hadi, thanks to all yg dtg. Haha ayat cam aku penganjur aje. Wpun ada sedikit kesusahan semasa mcari tmpt berbuka pose, sume dpt berikan kerjasama dan bersabar, terima kasih terima kasih.

1st trip pnye org yg berupa aku, Ajaq, Egie dan Nabilah pergi ke restoren Chicken Rice Shop yg tletak di Giant Mall, K.Terengganu kire2 pukol 5.30pm. Agak lmbt jgk tu, sbb time tu sume meja dh penuh. So sbb dh 2-3 org dak2 ni kepingin sgt nk mkn kt chicken rice shop ni jgk, jd kami plan la utk tunggu org2 bukak pose abis mkn br masuk restoren tu. So kiteorg masuk restoren tu blk kire2 jam 7.45pm. Sblm tu mmg kbnykn drpd kami bukak pose dgn air, kuih etc la.

The girls (Gemok weh aku dlm gmbr ni, kne diet r cmnih. Haha. LOL)

Kteorg order 2 set yg RM99 pnye, sedap dan lebih drpd ckup sbnrnye. 1 org tmbhn, kteorg gune kn voucher yg TM bg, yg dpt 1 set nasi utk pembelian RM50 ke atas. So itulah care kami mcukupkan bilangan nasi utk 13 org. Haha. Nasib baik Hala ada voucher tu. Dalam set tu, ada menu yg lebih drpd mengenyangkan ok. Ada pai tee, kailan sos tiram, tauhu kicap, bean sprout masak ape ntah, sup ayam, sup utk setiap org, ade ayam percik, ayam bbq dan ayam roasted. Mmg kenyg, aku x abis mkn jgk, penuh perut aku weh.

Sronok jmpe kwn2, bile dh lame xjmpe. Kwn2 ku yg ku jumpe aritu, ada yg dah kerja, ada yg masih belajar, ada yg tgh tunggu kerja dan sebagainya.

Ape2 pon, all the best to all of us ok. Semoga kite dpt btemu lg di masa2 akan dtg, dipermudahkn dlm segala urusan. Amin. Insya-Allah raya nnt and lps2 ni if ada reunion kite jmpe lg okay. ;-)

Wedding Survey?

Ahahaha cik liz. Nape saye yg kene tag. Malu la saye nk wt survey wedding2 nih. Saye pn xplan2 lg wedding saye. LOL.

1.How old are you?
~ 22 years 11 months

2. Are you single?
~ Yes

3. In what age do you think you’ll get married?
~ 26. Maybe. Tengok la duit aku kaya ke tidak hahaha

4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now??
~ I don't have anyone right now :)

5. If not, who do you want to marry?
~ Jodoh yg telah ditetapkan utk saya di Luh Mahfuz

6. Do you want a garden/beach wedding, or the traditional wedding?
~ Traditional wedding okay. I takde duit la nak buat wedding pelik2 ni

7. Your ideal motif?
~ Tengok la motif ape yg glamer tahun tu

8. Where do you plan to go on a honeymoon?
~ Tengok la cmne duit bnyk gi la honeymoon xde duit honeymoon je la blkg rumah :-p

9. How many guests do you think you’ll invite?
~ Kawan2+Saudara mara+Cikgu2+Jiran2 kampung = 1000++ kot

10. Do you want an extravagant wedding or a simple wedding?
~ A simple one

11. Do you want the traditional vows or something you’d make up on your own??
~ Yg biase2 org islam tuh. Sain segala bagai tu

12. How many layers of cake do you want to have?
~ 3

13. Do you prefer having your reception at a hotel or at a simple place?
~ Simple place

14. When do you want to get married, evening or morning?
~ Morning

15. You’d rather have your reception outdoors or indoors?
~ Indoors

16. Do you like a grand entrance for your groom?
~ Xpayah. Burok2 sudah hahahaha

18. Name the song/tune you’d like played at your wedding??
~ Xpayah lagu2 ni. Kite khatam@ngaji Quran sudah le. ;-)

20. Do you want a solemn ceremony or a light one?
~ Mane2 je la

21. What age do you want to get married?
~Isk soklan ulang. Ade jwpn kat atas tuh

22. Describe your ideal husband/wife
~ Seseorang yang penyayang, memahami dan rajin

23. Do you prefer fine dining or just the normal spoon & fork/knife?
~ Fine dining

24. Champagne or red wine?
~ Rasa mcm nak buat soda gembira je

25. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
~ Days kot

26. Money or household item?
~ Money

27. Who will pay for the bills?
~ Ade orang nak sponsor ke? :-p

28. Are you ready for married life?
~ Not yet for now

29. Do u think you will still be a virgin until u get married?
~ Yes i do

30. Will u always be true to your wife/husband
~ Ofkos la. I kan setia orangnya

31. How many kids do u like?
~ 3-4 orang

32. A new house for a newly wed or an old one?
~ A new one

33. Will u celebrate silver wedding, gold wedding, or diamond wedding?
~ Kalo idup lg le time tu hahaha

34. What kind of cuisine would u like for ur wedding?
~ Traditional malay food during kenduri la

35. Will u record ur honeymoon in a cd or dvd?
~ Xpayah la

36. Whose wedding plans would you like to know next??? choose 5 person as Your friend?
~ 1. Kama
~ 2. Sha
~ 3. Nadiah
~ 4. Dada
~ 5. Syu

Ahahahaha bnyk gile soklan. *penat jwb soklan*

Wednesday, September 24, 2008

My Beloved Streamyx

Today, since this afternoon, i have noticed that something is wrong regarding the internet connection in my house. And i cannot understand why this situation can happen.

I can open this blogspot as usual. Yeah, if i cannot, how come i can post this entry. But, i cannot open so many links, Facebook cannot, Yahoo also sometimes cannot, including Yahoo Messenger. Other websites, they are even worse. Only Friendster can (Wth?). (Do any of you from another country or state experience the same problem with me. If it is, then Tmnet may not be the source of the problem) And since the first day i have arrived, i cannot open any of the Fotopages websites, at all.

Hmm. Congratulations to Tmnet for this excellent service. I am really impressed. And as Malaysians you know that we have only a few internet service providers, not like overseas, so many providers, you just have to choose the best one. So, as Malaysians we just choose any of them as all the service providers are 'good'. Yeah.

Finally, now, at 10.35pm, the connection is okay. Hopefully this won't happen again in the future.

Lagu Wanita By Siti Nurhaliza

Single terbaru dari Dato' Siti Nurhaliza. Best lagunya. ;-)

Lirik Lagu Wanita

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwa ku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang Maha Kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Ku wanita.....
Yang hanya perlu kau fahami

Wanita....ooo...
Ku wanita.... haaaa...
Wanita....


Download Lagu Wanita by Siti Nurhaliza

Resepi Ikan Singgang (Ikan Tongkol)


Masakan tradisi Pantai Timur ini sesuai untuk orang yang suka makan ikan, orang yang jaga badan/diet sebab tidak menggunakan santan/minyak langsung dan tiada ayam(ayam sekarang boleh menyebabkan kegemukan kerana disuntik hormon2 seperti estrogen!) Satu resepi turun temurun yang sihat. Senang, mudah dan cepat untuk dimasak. Resepi ini ada iras-iras dengan masakan ikan pindang untuk orang sebelah pantai barat semenanjung Malaysia.


Bahan-bahan:
2-3 bahagian ikan tongkol (boleh diganti dengan ikan selayang/kembung etc)
2-3 ulas bawang putih dihiris
2 keping asam keping
Lengkuas sebesar ibu jari
Sedikit kunyit debu
Garam dan gula
Air

Cara-cara:
Basuh ikan bersih-bersih (sebolehnya gunakan ikan segar kerana ikan amat mempengaruhi rasa kuah), masukkan dalam periuk. Tambahkan air secukupnya, bersama hirisan bawang putih, lengkuas dan asam keping. Panaskan atas dapur, tambahkan kunyit, gula dan garam secukup rasa sehingga menggelegak. Siap! Jangan lupa tambah cili padi untuk orang yang gemar makanan pedas.

Masakan ini enak dimakan bersama nasi dan amat sedap apabila dimakan bersama sambal belacan atau budu atau yg sewaktu dengannya. =)

The 23rd September 2008

Yesterday, i opened this blog and was shocked to see some html for my blog didn't work (until today). Which is the 'Labels' part. I tried to figure out about this problem and find the solution but i couldn't. Other people using the same html are also experiencing the same problem. And i know that this problem is related to blogspot itself. Plus i am not an IT/Computer student, so to my friends who can help me solve this problem (regarding my html), tell me ok. :-)

And yesterday also, was my sister, Bahiah's birthday. She made her birthday cake by herself. Yea, she studied 'Diploma Katering dan Perhotelan' before, so no wonder she preferred to make the cake by herself. But something going wrong at the end of her effort as the bowl that she used to make her cake icing fell down on the floor from the table, and it broke into pieces. Pity her. Oh well, ignore that mistake, as i taste her chocolate cake, it is really delicious. One of the best simple chocolate cake i have ever tried. Her chocolate cake is not bitter like other people did. The cake is perfect. And i will ask her recipe later okay. ;-)

And yesterday, too, i went for Raya shopping at Bazar Ramadhan (that is held from 3-30th September 2008) at Terengganu Trade Center. It turned out to be a personal shopping instead of Raya shopping. Haha. At first i wanted to buy baju raya, but i was not okay with the price and quality of the clothes. So i just bought a tudung for hari raya. Other things that i bought there are not related to raya preparation at all. I got for myself 5 brooches for RM14, and also a set of Women of Earth (Avon) perfume+deodorant+purse de concentre for only RM57 (a brilliant offer as the normal price is more than RM130).

I won't go anymore out after this, if i keep hanging out like this with my sister, i will be running out of money. Darn..

Sunday, September 21, 2008

Mari Belajar Loghat Terengganu

Ini adalah entri apabila saya kebosanan. Jadi kepada siapa-siapa yang tak suka anda boleh blah. Hahaha. Kepada siapa-siapa yang nak belajar anda boleh teruskan membaca..

Beberapa vocabulary loghat Terengganu untuk menambahkan pengetahuan anda:-

1. Tak 'mboh - Tak nak
2. Dok cakak - Tak larat
3. Puasan - Kebosanan
4. Dok Gegih - Tak boleh ditembusi/tak lut
5. Rok - Semak samun
6. Isi soya - Tau Fu Fa
7. Mareng - Semalam
8. Mareng dulu - Kelmarin
9. Rajuk - Beg plastik
10. Mejjed - Masjid

Sekian untuk kali ini..

Saturday, September 20, 2008

Petua Tradisional

Saya ingin berkongsi dengan anda petua-petua yang saya amalkan apabila saya mengalami sakit perut, demam dan selsema. Petua-petua ini saya amalkan sejak kecil lagi. Diturunkan daripada ibu saya...

1. Teh pekat untuk merawat sakit perut akibat salah makan

Jika anda mengalami cirit birit kerana tersilap makan, bancuh segelas teh pekat, kalau guna uncang tu dalam 2-3 uncang dalam 1 cawan kecil, jangan bubuh gula. Minum teh pekat itu. Insya-Allah sakit perut anda akan pulih dan proses penyahtinjaan anda akan kembali normal.

2. Asam jawa untuk merawat demam panas

Ketika kecil dulu, ibu saya sering mengamalkan petua ini apabila anak-anaknya mengalami demam panas. Asam jawa dibancuh dengan air biasa atau suam, kemudian disapu pada kepala orang yang sedang demam panas. Insya-Allah, badan akan pulih lebih cepat dan suhu badan akan turun kepada normal.

3. Limau nipis untuk merawat selsema

Jika anda diserang selsema, perahkan limau nipis (bilangan limau nipis bergantung kepada anda) ke dalam segelas air suam, kalau boleh jangan tambah gula. Amalkan beberapa kali sehari semasa diserang selsema. Jika sukakan teh, boleh perahkan limau nipis ke dalam teh suam. Insya-Allah demam selsema akan pulih secepatnya. Petua ini juga dikatakan dapat mengempiskan perut yang buncit.

Sila lah cuba petua-petua di atas jika anda diserang sakit-sakit seperti di atas. Insya-Allah mujarab.

Wednesday, September 17, 2008

Nuzul Quran 17 Ramadhan

Hari ini adalah hari cuti bagi negeri Terengganu, kerana hari ini adalah hari nuzul Quran. Hari di mana Al-Quran yang merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW diturunkan secara berperingkat-peringkat sehingga lengkap. Oleh kerana kebanyakan ahli keluarga saya merupakan kakitangan kerajaan di Terengganu, jadi ramailah yang ada berehat-rehat di rumah ini.

Sedar tak sedar sekarang sudah hari yang ke-17 kita berpuasa. Ini bermakna tidak sampai dua minggu lagi kita akan berhari raya. Saya agak excited untuk hari raya kali ini kerana kemungkinan besar semua ahli keluarga saya akan pulang ke rumah di Terengganu untuk berhari raya. Memandangkan adik beradik saya sangat ramai, berjumlah 11 orang, jadi memang sukar lah untuk ada kesempatan mengumpulkan semua adik beradik dalam satu masa yang sama. Memang sangat bising dan meriah bila dapat mengumpulkan satu keluarga dengan lengkap apatah lagi ibubapa saya sudah mempunyai 4 orang cucu. Memang seronok.Tidak sabar rasanya nak beraya tahun ini.


Kat bawah ini saya tuliskan lirik lagu(tiada kaitan dengan perkara-perkara yang saya tuliskan di atas) kegemaran adik-adik saya, lagu tema cerita Indonesia, Soleha yang dieorang selalu tengok kat TV9 pukul 5.30-6.30pm setiap hari. Memang menarik liriknya dan best sungguh iramanya. Lagu by Ungu, bertajuk Sesungguhnya. Ternyata Ungu memang banyak menghasilkan lagu-lagu agama yang menarik, dan lagu-lagu ciptaan mereka tidak hanya tertakluk kepada lagu-lagu komersial rock etc itu. Enjoy the lyric!
Saat dunia berhenti berputar
Saat manusia tak sanggup lagi berharap
Ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
Menyinari dunia yang tlah kau singgahi

Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Di hadapan-Nya
Di hadapan-Mu ya Allah

Sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati surga
Tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmat-Nya
Tanpa tulus di hatinya

Thursday, September 11, 2008

Baju Raya

Baju-baju raya telah banyak dijual di pasaran. Dapatkannya sekarang.


Ada siapa-siapa dari jauh mahu kirim baju raya dengan saya? Sila-sila, sementara saya tengah free sekarang. Saya sendiri pun tidak ada baju raya lagi, sebab yang saya berkenan kain-kain yang belum dijahit, tapi tiada siapa pun boleh mengambil tempahan sekarang. Baju-baju yang sudah siap itu belum ada lagi yang berjaya menambat hati saya. Nampak gayanya beraya dengan baju raya lama ya saya ye.

Wednesday, September 10, 2008

Things That I Miss About Melbourne

Aiseh, lom sampai sebulan aku balik, dah rindu macam-macam pasal Melbourne kan. Lantak korang la nak cakap ape, aku kesah ape. Aku punye hal la. Haha.

1. Susu Segar Australia

Pergh. Kat Malaysia mane ade susu segar yang best macam Aussie punye. Yang Aussie punye kan segar dari ladang. Aku takde mood dah nak minum susu segar skrg. Bagus gk eh, leh kurus aku cmni, sbb minum susu sebenarnya boleh menembamkan lagi badan aku. Huhu.

2. Hot Chocolate Max Brenner

Minuman kegemaran aku. Hmm. Kat sini, Terengganu yang aman ni, korang jangan ckp kedai2 hot choc, starbuck pn xde. Ehehehe. Nikmat tol la minum hot choc sana.

3. Aiskrim Freddo

Sedap betol la aiskrim2 kat negara omputihs nih. Sebab tol2 berlemak dan sedap. Haha. Lagi2 roche kat kedai aiskrim Freddo kat Melbourne tu. Perghh. Seronok tol mkn. Rugi kalo korg xtry!

4. Krispy Kreme

Donut yang ternyata keenakannya. Sedap btol. Aumm. Kat Ganu ni aku mkn donut kampung aje. Kat KL kalo xsilap dh ade krispy kreme. Nnt aku turun KL aku pi la beli klo dh kempunan sgt. Hehe.

5. Kebab Tok Arab

Kebab kat Melbourne leh tahan la sedapnya. Sebab tok arab betol yg buat. Jual tepi2 jalan ala2 Ramly burger kat Malaysia. Kebab org jual kat pasar mlm Malaysia aku xbrape nak beli sgt la. Sebab aku mmg tau xsesedap kebab tok arab ni. Hehe.

6. Tram

Tram ini bnyk gunenye. Memudahkan pergerakan. Dan senang. Berapa tmpt sgt kat dunia ni yg ada tram, kan? Kdg2 rindu jgk kat tram ni, sbb kat Terengganu ni xsah kate tram, tren pn xde, Wakakaka. Korang belajar kn sejarah+geografi yg mmg dah fakta xde keretapi pon kat Terengganu ni. Hahaha.

7. My Friends

Last but not least aku rindu pada teman2 semua. Korang belajar la rajin2 ye, jgn jd cam aku. Haha. Cewah. Ampun ye sape2 yg xde dlm gmbr nih, sbnrnye aku rindu kt sume kwn2 aku kat Melbourne la, bkn yg dlm gmbr ni aje. Gmbr ni menunjukkan sebahagian shj kwn2 yg ku rindui. Xlupe juge, rindu kat abang tersayang. Hehehe.

Korg2 kat Melbourne yg kaye raye ni, kasik r duit raye kat aku ye. Korg kn kaye. Ape salahnye derma2 kat org menganggur nih, bnyk pahalanya. Ahahahaha.

Sekian...

Monday, September 8, 2008

Mari Belajar Loghat Terengganu

Sekarang saya berada di Kuala Terengganu, salah satu daerah di bumi Terengganu yang menggunakan loghat Terengganu dengan pekatnya. Jadi saya nak kongsikan bersama orang lain beberapa perkataan dalam loghat kami yang jarang digunakan oleh loghat-loghat negeri lain.

1. Nawwok - Tipu
2. Gobbok - Almari
3. Gong - Sombong
4. Rohok - Susah
5. Geroh Doh - Sudah Ditakdirkan
6. Belede - Agar-agar/Cincau
7. Brahi - Suka
8. Kasseh - Kekasih
9. Kaing Ghebor - Kain Selimut
10. Kohor - Slow/Perlahan

Setakat ini sahaja untuk kali ini. Sekian.

A Decision

I have to make a tough decision. I know my life after this will be really busy. Not sure yet, but maybe.

I don't want to burden my parents anymore. At this age i should be able to stand by myself already, not depending on them anymore. Luckily i have my beloved sisters, that would help me to go through my days.

In our life, many times that we have to sacrifice something good to have something better. We can't have all we want because we can't afford to do all of them at one time. I am ready to face that challenging life, and i hope my heart and spirit will help me to go through these all.


And for now, during this Ramadhan, let me have a really good rest first. I have to, because after this i am not sure whether i have the chance to rest this much or not...

-End-

Tuesday, September 2, 2008

Happy Birthday Cik Kimah

Hari ini merupakan harijadi adik bongsuku, Nur Hikmah yang ke-10. Dah besar dah rupanya adik aku ni. Dulu-dulu dia ni baby aje. Tapi kemanjaannya tetap maintain, dah kata anak bongsu, lagi-lagi ada kakak dan abang yang ramai kan.

Sebenarnya aku pun lupa hari ini harijadi dia. Hak2. Lepas akak aku balik kerja dari hospital tiba-tiba dia nyanyi lagu birthday kat si Kimah ni sambil hulur kek, time tu baru aku sedar hari ini harijadi dia. Semalam aku dah ingat, tapi hari ini tak terlintas pulak hari jadi minah kepoh ni. Dia ni dulu-dulu tak reti buat kerja apa pun, tapi sekarang bila aku dah balik dah bagus. Rajin dia tolong mak dengan kakak-kakak dia buat kerja. Kira dah boleh harap la. Kata dah besar kan.

Hari ni jugak aku suka makanan-makanan buka puasa rumah aku. Haha. Sebab ada makanan-makanan yang aku dah lama tak makan dihidangkan tadi. Seronoknya.

Lepas terawih baru kiteorang potong kek si birthday girl tu. Kek-kek yang simple aje kakak aku beli, dah kata cuma 5 beradik aje sekarang ada kat rumah kan, ramai yang duk asrama n negeri lain segala bagai. Semoga adik bongsuku yang semakin membesar ni jadi seorang anak dan adik yang lebih baik lepas ni. Amin.

Monday, September 1, 2008

Salam Ramadhan

Selamat Berpuasa kepada semua. Semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelum-sebelumnya~