Pages

Wednesday, July 30, 2008

Bebaskan

Bebaskan

Siapa bilang hidup ini mudah
Seperti yang dibayangkan
Hidup tak pernah selalu seperti
Yang dimau
Yang diharap-harapkan

Apa itu hidup bila tidak ada
Masalah-masalah yang selalu ada
Buanglah gerahmu
Singkirkan penatmu
Sirami panasmu
Putuskan pusingmu

Bebaskan bebaskan gerakmu
Rasakan sensasinya
Bebaskan bebaskan gerakmu
Rasakan sensasinya

Ahmad Dhani feat Chyntia Sari - Bebaskan

Monday, July 28, 2008

Resepi Butter Cake


Butter cake is one of my favourite cakes. Kek nya adalah kek basic kepada kebanyakan kek. Beberapa kali juga la try buat kek ni, menggunakan banyak jenis resepi. Dan dalam banyak2 resepi yang saya pernah cuba, resepi kat bawah ni adalah yang terbaik yang pernah saya cuba. Jumpa resepi ni dalam bahagian resepi akhbar The Star masa zaman muda-muda dulu. Dia bagi resepi ni dalam sukatan berat sebenarnya, tapi saya dengan memandai nya telah convert kan berat-berat tersebut kepada cup/cawan untuk memudahkan kerja menyukat. Ehehehe.

Berikut adalah bahan-bahan nya;


250gm Butter

1 cup sugar

1 cup self raising flour

4 eggs
vanilla essence
3-4 tablespoons full cream milk
A pinch of salt

Mula-mula pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan secubit garam. Kemudian masukkan beberapa titik esen vanila.

Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul dan gaul sampai sebati.
Masukkan tepung naik sendiri, sedikit demi sedikit, gaul sebati.
Kemudian campurkan dengan beberapa sudu susu segar tu. Gaul dan pukul sampai sebati lagi.

Kemudian masukkan ke dalam bekas untuk masak kek yang disediakan tu. Jangan lupa sapukan butter terlebih dahulu pada permukaan bekas kek itu untuk mengelakkan kek melekat pada bekas setelah ia masak nanti. Dan kalau boleh semasa masukkan adunan tu ke dalam bekas kek, pastikan adunan itu lebih rendah di tengah-tengah permukaan untuk memberi ruang kepada kek untuk mengembang dan kembali ke saiz yang elok setelah ia masak.
Bakar dalam oven selama 45-55 minit, dengan suhu sekitar 170-180 darjah celcius.
Bila dah masak tu, boleh la potong dan makan. Senang kan nak buat kek ni. Lebih sedap daripada kek yang korang buat daripada tepung kek instant yang kat supermarket tu, kalau korang pandai buat la. Resepi ni juga sebenarnya boleh digunakan untuk membuat cupcake, cuma pandai-pandai la korang buat hiasan atas cupcake tu sendiri. Haha.

Sedap kan. Kalau tak sedap, tangan korang la tu yang tak reti masak. Ahahahaha. Selamat mencuba~~

Friday, July 25, 2008

Doa

Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu. Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu. Bila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaan-Nya...

Thursday, July 24, 2008

A Life of a Graduand

When you just finish your study and is about to receive your academic degree;

1. You will feel very free because you have finished your important task, you are done with your undergraduate studies

2. You cannot wait to go home (especially to those who are studying far away from their family), to have enough rest to recover your strength

3. You will be very busy looking for jobs, applying for the jobs, updating your resumes OR busy looking for the academic postgraduate programs in the university that you are interested to further your studies and etc

4. You are eager to know the next thing that will happen in your life

5. And many more....

Tuesday, July 22, 2008

Anticipation

I can not wait to go back. I am waiting for my flight ticket to be issued by the travel agent (faster please my beloved travel agent *sigh*). I am packing all my stuff now.

Do you know that i am going back next month? A long time to go still, but it seems like i am going back next week. Haha.

Do not ask me why. Maybe because i really miss everything in Malaysia. The reason why i stay here until next month is only because of my Graduation. If it is not because of this, i might have been in Malaysia already now. About 4 weeks to go. I am happy that the time to go home is approaching me.

Terengganu, i miss you lots~

Monday, July 21, 2008

Alhamdulillah

It has been about 1 year and 5 months since the last time i went back to Malaysia. I did not go home last summer holiday and sometimes i regretted for not going home that time. But it is okay now, as the time for me to go home is just around the corner.

Alhamdulillah, after all the hardships that i have gone through, through ups and downs in my studies, i manage to complete my Bachelor of Science degree in my favourite major. Thanks Allah for helping me throughout these years. And also thanks to my parents for always being there for me, giving me support to go on in my life. Giving me courage to go through everything that i once felt they were impossible. Now i am standing as a girl who are more confident and bolder, as the experiences that i have gone through have taught me a lot until i reach this level.

I am now enjoying my last days in Melbourne to the max, spending precious time with my friends and beloved one before going home next month. Even though i have been in Melbourne for more than 3 years, i would say that my hometown, Kuala Terengganu is always and will always be in my heart. The place where i was born, brought up and learnt so many things about life, will never be forgotten. I am missing my hometown so much and i am glad that i am going home soon, the time that i am waiting for so long. I can not wait to see my family again, especially my new nephew and niece. Having a happy family really makes me feel like i am the luckiest person in the world, i am blessed and thanks Allah for this most valuable gift in my life.

I pray that Allah will help me to go through everything that i have to do after this, throughout my life, till infinity. May Allah bless you all too, my readers. Thanks for everything, Allah. And once again, Alhamdulillah...

Petua Tradisional

Kita ni sebagai orang perempuan kena la pandai memelihara kecantikan kan. Bukan setakat kecantikan luaran je malahan juga dalaman. Hehe. Buat apa kalau muka cantik tapi perangai macam kurang sikit kan. Kalau boleh biar la dua-dua elok, laku sikit orang laki-laki nak ambil buat bini. Keh3~

Ok la. Malas nak bebel panjang-panjang. Dalam entri kali ini i mahu kongsi beberapa petua yang i pernah amalkan, especially masa duduk kat kampung dulu la kan. Datang Australia ni memang susah la sikit nak amal kan. Sebab kesusahan untuk mendapatkan bahan-bahan serta sibuk study. Konon la kan. Petua-petua kat bawah ni banyak untuk orang perempuan la, dah nama pun petua kecantikan kan. Petua yang simple dan senang untuk diamalkan juga la. Boleh diamalkan untuk siapa-siapa tak kira la lelaki atau perempuan.

1. Petua melembutkan rambut
~ Mula-mula ambil madu, bajet-bajet la jangan banyak sangat kan. Campurkan dengan telur kuning sahaja (jangan ambil bahagian putih telur dia), campurkan dengan madu tu dalam satu bekas. Kemudian sapukan pada rambut. Amalkan selalu kalau rajin. Petua ni memang boleh melembutkan rambut. I pernah amalkan petua ni masa sekolah menengah dulu bersama-sama dengan kakak. Memang dapat rasa rambut semakin lembut dan lebih berseri.

2. Petua mendapat kulit muka yang lembut dan licin
~ Kalau tengah kopek kelapa untuk dibuat santan tu, jangan buang air kelapa tu. Sapukan pada muka, biarkan beberapa minit. Kemudian baru basuh muka dengan air. Boleh melembutkan kulit muka jika diamalkan selalu. Petua yang susah untuk diamalkan oleh orang-orang bandar. Orang kampung senang sikit kot sebab selalu kopek buah kelapa sendiri kan. I tak pernah try pulak air kelapa muda orang selalu minum tu. Mungkin boleh juga kot. Hehe.

~ Air basuhan beras jangan dibuang. Sapukan pada muka air basuhan beras itu. Boleh lembutkan kulit muka jika selalu buat. Petua ini senang untuk diamalkan. Boleh try siapa-siapa yang nak dapatkan kulit muka yang lembut, licin dan secara tidak langsung kurangkan penumbuhan jerawat.

~ Daun lidah buaya tu ambil isinya kemudian sapu pada muka. Senang kan. Tapi kena ada pokok dia la baru boleh buat. Hehe. Boleh lembutkan kulit jika diamalkan selalu.

Ok la. Setakat ini dulu petua untuk hari ini. Lain kali i kongsi lagi petua-petua yang i pernah amalkan ye. Hehe. Selamat mencuba~

Thursday, July 17, 2008

Jalan-jalan di Melbourne

Hari ini penat jugak la. Bangun2 pagi lepas mandi terus teman Mek Baity bawak si Saiful Adelaide jalan2. Mule2 gi DFO Spencer St, pastu gi lunch kat Restoren Nelayan, lepas tu jalan2. Lepas tu pegi plk minum Hot Chocolate kegemaran ku di Max Brener. Hehe. Gaye aku cam banyak duit je kan. Padahal pokai hanya Allah yg tahu. Hahaha. Tapi takpe la, selagi aku ade duit aku bersyukur.

Memang penuh la perut aku td. Makan macam2. Dah la kat Max Brener tu hentam waffle tu 2 orang je ngan Zaity.

Biase kn kongsi waffle tu 3 org. Aku tak larat nak bawak perut aku td. Haha. Kenyang gile, dengan minum air white hot chocolate with crunchy waffle balls lg.

Cewah. Pastu curik2 makan pulak yg Saiful tempah tu kan (aku tak ingat name die, pelik sgt. Maklomlah org kampung mane nak ingat name makanan2 omputihs ni kan. alahai)Aku suke sgt la minum kat kedai2 yg hot choc ni. Compare ngan Starbuck, Hudson Coffee, Gloria Jeans ngan Coffee Bean, aku lg suka minum kat San Churros ke, Max Brener ke, Koko Black ke. Tapi Max Brener la yg aku plg suke weh. Ye la, dah kate org yg kuat minum dan makan coklat, takkan la aku suke masuk kedai kopi plk kn. Ala, aku masuk kedai2 kopi mahal tu pon, balik2 order Hot Choc gak. Haha. Tapi xbrape sgt la, Hot Choc dieorg mane power cm Hot Choc kedai2 minuman coklat tuh. Hehe. Makanan oh makanan. Kenapa la makanan sedap ye?Memang badan aku naik la satgi. Alahai. Tak kire ah. Selagi aku leh makan aku hentam je. Hahahaha. Aku bukan jenis jaga badan kan. Gemok pon gemok la. Asal cik abang sayang. Ehehehehe~ *Wink wink*

Saturday, July 12, 2008

Harapan

Semua kita yang hidup di atas muka bumi ini mempunyai harapan. Kita pertaruhkan harapan dalam banyak perkara, harapan dalam perjuangan, harapan dalam pelajaran, harapan dalam perkahwinan, harapan dalam persahabatan. Malah sejak lahir lagi ibu bapa kita menaruh harapan yang tinggi kepada kita, untuk menjadi seorang insan yang berguna kepada agama dam masyarakat. Tiada seorang pun yang bernafas di dunia ini yang tidak menyimpan apa-apa harapan langsung.

Tanpa kita sedari ataupun tidak, harapan-harapan yang kita pertaruhkan inilah yang memberikan kita semangat untuk meneruskan kehidupan kita di dunia ini. Tanpa harapan-harapan ini, kita mungkin tidak mampu untuk meneruskan perjuangan kehidupan kita dengan berani dan penuh keyakinan. Kerana setiap hari kita berharap agar apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan dan di saat itu kita pasti akan menjadi insan paling gembira dan bahagia, kerana impian kita menjadi kenyataan. Disaat itu kita mengerti bahawa tiada apa yang dapat kita ucapkan setanding dengan apa yang telah dilimpahkan kepada kita, kurnia daripada-Nya. Di waktu itu seharusnya kita melimpahkan kesyukuran kita kepada Yang Maha Esa kerana dengan izin-Nya apa yang kita impikan dijadikan kenyataan....

Sebagai insan yang masih diberi peluang untuk bernafas di dunia yang sementara ini, kita haruslah berusaha dan tidak berputus asa dengan apa yang ada di sekeliling kita, yang pastinya haruslah kita berharap apa yang diredhai-Nya. Jangan kita kecewa atau sedih jika harapan dan impian kita tidak menjadi kenyataan kerana pasti ada sesuatu yang lebih baik yang akan Allah berikan kepada kita di masa hadapan. Berdoalah kepada-Nya agar apa yang kita harapkan diberkati-Nya. Jangan pernah kita berhenti berharap hanya kerana kekecewaan yang pernah kita lalui di masa lalu, namun bangkitlah dan teruskan pengharapan yang murni untuk masa depan kita yang lebih diredhai-Nya. Insya-Allah....

Tadaaaa~

Hehehehe.

Dgn perasaan bangganya ingin diumumkan Cik Kmar sudah membuka blog. Semoga blog ini terus hidup walaupun Cik Kmar bukannya seorang yang suka menulis.

Isi dalam blog ini, yang akan ditaip2, dalam bentuk apapun, tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati, tapi ia bukan jua rekaan. Sekiranya ada ianya hanyalah kebetulan, ataupun memang kamu2 yang ada dalam blog ni adalah teman2 ku. Duwee~

Sekian sahaja ucapan pertamaku ini. Semoga aku akan rajin meng'update' blog ini. Ameen. ;-p