Pages

Saturday, December 6, 2008

Tag daripada Cik Nadiah dan Cik Dada

Sori ye Cik Nad, dah lame awak tag saya yg ni. Tp saya jwb jugak kan hari ni. Hehe.

AKU SEORANG YANG PELIK

1) Saya Pening Kepala Kalau Makan Bawang Putih. Macam Vampire ngan Dracula pulak ye. (Saya 'Vampire' kalau orang tahu susunan gigi saya macam mana.) Kalau ada bawang putih dalam lauk pauk tu tidak mengapa, tapi tidak boleh untuk saya gigit.

2) Saya Juga Pening Kepala Kalau Makan Lada Sulah. Mujurlah masakan ibu saya sekarang tidak pernah guna lada sulah. Lada hitam tidak mengapa. Sebab tu kalau orang masak masakan bubuh lada sulah, saya try untuk makan sikit sahaja. Kalau saya makan banyak, saya pening tp pandai2 la cover. Haha.

3) Saya Tidak Suka Menjawab Panggilan Telefon Ketika Saya Sedang Tidur. Mujurlah family, kawan2 rapat tidak pernah ganggu saya dengan menelefon saya di waktu tidur saya. Waktu tidur saya yang tidak boleh diganggu ialah pada pukul 12-6am. Seawal2 untuk orang telefon saya adalah selepas waktu subuh, ok. Kalau orang call 12-6am, saya dengar tapi sengaja tidak mahu jawab. Kalau saya jawab pun, saya rasa macam cakap telefon dalam mimpi, atau saya akan bad mood keesokannya. Haha.

4) Saya Hanya Sukakan Budak2 Yang Comel. Sangat kejam bunyinya kan, tapi itulah kenyataannya. Budak2 yang kurang comel dimata saya, jarang saya layan. Macammana nanti kalau anak saya tidak comel? Ehehehe, anak saya lain ceritanya pula ye. Dah penat2 mengandung dan beranak takkan tak nak layan pulak. Mujurlah setakat ini anak2 saudara saya yang lahir boleh tahan comelnya, kalau tidak saya buat dunno je. Sama aje macam kucing, saya hanya akan bermain dengan kucing2 yg comel. Lalala~

5) Saya Kurang Gemar Makan Sayur Yg Dimasak. Saya lebih gemar makan ulam2an segar, lagi2 yg baru dipetik. Ehehehe. Saya cuma belajar makan sayur2 yg dimasak selepas ke asrama. Time dekat Melbourne hari tu, boleh tahan jugak rajin saya masak sayur untuk housemate2. Hehe.

6) Saya Melayan Orang Sepertimana Orang Itu Melayan Saya. Kalau orang itu baik dengan saya, 2-3 kali ganda saya akan berbuat baik padanya. Tapi kalau orang itu berbuat jahat kepada saya, dulu2 saya suka berdendam dan balas kejahatannya berkali2 ganda. Memandangkan sekarang saya sudah tua, campur dengan keadaan yang saya lebih menghayati Islam dengan makin baik, saya cuma berdiam sahaja sekarang jika orang berbuat jahat kepada saya. Bagi saya lebih adil jika Allah yg membalasnya. :-)

7) Saya Seorang Yg Panas Baran. Semasa kecil saya seorang yg sangat sensitif. Apabila saya semakin dewasa, saya semakin flexible menerima teguran dan kutukan org. Ibubapa saya sendiri pun berhati2 jika ingin menegur saya, apatah lagi kalau saya ditegur dengan kasar oleh org lain, memang saya tidak suka. Sbb bila saya kecil hati/marah, saya akan menjadi seorang yg bercakap kasar dan panas baran, saya bercakap dengan kurang ajar. Ataupun saya lebih gemar diam dan menangis untuk meredakan tekanan dalam hati. Huhu. Susah kan jadi org perempuan?

Sekian sahaja untuk Tag dari Cik Nad.

Sekarang saya sambung Tag dari Cik Dada ye.

1.Name one person who made you laugh last night?
Kakak saya kot, dia pecahkan rahsia bahawa adik bongsu saya suka sangat makan petai, mcm org tua2 plk, memang saya tergelak tak ingat dunia la

2. What were you doing at 0800?

Saya tidur dengan aman, ditemani hujan2 lebat Pantai Timur sekarang. Hahaha.

3. What were you doing 30 minutes ago?

Surfing internet and blogging

4. What happened to you in 2006?

Saya mengetahui rahsia besar seseorang dan saya memendam rasa sehingga menangis saban hari. Kini semua itu telah berlalu

5. What was the last thing you said out loud?
Saya bergaduh dengan adik bongsu saya, dia bertanya kpd saya dengan meninggikan suara, jd saya membalas jawapannya dengan meninggikan suara kembali kepadanya. Kakak yg bagus kan, ahaks!

6. How many beverages did you have today?

Baru 1, nescafe panas

7. What color is your hairbrush?

Saya pinjam sikat org je, hahahahaha

8.What was the last thing you paid for?

Benda2 yg saya beli kat pasar malam rabu lalu

9. Where were you last night?
Kat rumah bersama2 keluarga

10. What color is your front door?

Sliding door ada colour ek

11. Where do you keep your change?

Dalam dompet atau handbag

12. What's the weather like today?

Setelah beberapa hari Terengganu cerah dan tidak hujan, hujan kembali lebat pada hari ini

13. What's the best ice-cream flavor?

Vanila, takde kelas kalo suke flavour lain, ahaks

14. What excites you?

Nothing. Everything is boring

15. Do you want to cut your hair?

Tunggu rambut saya panjang dlu la. Aritu nye cut dah buruk sudah. Cett

16. Are you over the age of 25?
Aah. Dah 30. Hahaha

17. Do you talk a lot?
Saya akan bercakap banyak di kawasan atau suasana yang saya rasa selesa. Dengan orang2 yg saya kurang selesa, saya lebih gemar berdiam diri dan tidak sabar untuk berlalu pergi daripada mereka. Haha

18. Do you watch the O.C.?

Saya tengok cerita Melayu je. :-p

19. Do you know anyone named Steven?

Tau, Steven Spielberg. Ahahaha

20. Do you make up your own words?

Depends

21. Are you a jealous person?

Biasa je

22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'.
Anah

23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'

Kamarul Huda. Wah rindunya saya kat Cik Kama. Sorry ek Cik Kama tak sempat jumpa time i turun Selangor aritu

24. Who's the first person on your received call list?

Khairil NoX. Nape u call i tgh2 mlm? I tido mati ok. Lol

25. What does the last text message you received say?
(Bunyinya lebih kurg cmni) Kite jmpe kat Giant Mall tengahari nnt klo x hujan. (Pn Liza) [tp skrg hujan le cik syeri, jd ke?ahaks]

26. Do you chew on your straw?
Tidak. Ingat saya budak2 ke?

27. Do you have curly hair?

Tak. Rambut i silky straight. Ahahahaha tak silky langsung okay. Tp dah jd berombak sikit sbb suke ikat rambut

28. Where's the next place you're going to?
I dunno where my next destination is. But im sure, it will be good for my future ;-)

29. Who's the rudest person in your life?

My ex-boyfriend, dia rude indirectly. Tp xpe, i xmkn hati. Ahaks

30. What was the last thing you ate?

Nasi goreng mak masak

31. Will you get married in the future?

Insya-Allah. Kalau panjang umur jodoh ada

32. What's the movie you've seen in the past 2 weeks?
Aritu gi Alamanda tgk Quanrantine. Aku dh r ade problem xbleh tgk cite kamera gegar2, pening pale ok (yg problem ala2 xbleh bace buku atas bas tuh). Seb baek x muntah lps tgk cite tu.

33. Is there anyone you like right now?

Takde

34. When was the last time you did the dishes?

Ntah. Dah lama x buat. Ahahaha

35. Are you currently depressed?
Malas nak depressed2. Wat sakit kepale je

36. Did you cry today?
Tidak. Tp saya menangis dlm mimpi kerana cinta dulu dan skrg. Lebih baik saya lupakn sj mimpi tu

37. Why did you answer and post this?

Dada Tag aku. Jaga ko Dada. Ko blk Ganu nnt aku suruh ko blnje aku. Muahahaha

38.Lucky person to tag

Korg2 yg baca dan rs rajin nak buat. Hehe

Sekian untuk kali ini.

3 comments:

ihsan_huhu said...

gle r xmakan lade sulah..

camne ko nk makan nasik goreng cine?

Cik Kmar said...

aku telan je :p

Cik Dada said...

hahaha..aku kene blanje ke??
aku mane ade duit..
mu sume r blanje aku..