Pages

Monday, December 8, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha


Salam Aidiladha buat semua... Saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan sekali lagi untuk meraikan Aidiladha bersama keluarga di Terengganu.

Seperti biasa, di hadapan rumah saya akan ada acara penyembelihan lembu, kerana datuk saya adalah penternak lembu. Tapi acara depan rumah ni khas untuk keluarga terdekat sahaja lah, nak acara yang besar dan banyak sila ke masjid ye, hehehe. Tahun ni, hanya seekor lembu disembelih, berbanding 2 ekor pada tahun lepas. Malam tadi saya terdengar beberapa kali lembu yang hendak disembelih tadi berbunyi2. Mungkin dia tahu esoknya dia akan menjadi pilihan keluarga kami untuk dikorbankan. Hehe. Takpe lembu, jangan sedih2, kami sembelih awak kerana Allah ye. Hihi.

Saya sertakan beberapa gambar acara penyembelihan pagi tadi...




Semoga2 saya diberi kesempatan untuk membuat korban pada tahun2 akan datang. Maklumlah saya tak pernah buat lagi. Hehe.

Pesta daging tahap maksimum telah bermula. Pesanan saya, jangan makan daging banyak2 ye kawan2, nanti perut korang panas dan jadi cirit birit pulak. Sila seimbangkan pemakanan anda. Hehe. Sekian...

2 comments:

ihsan_huhu said...

aku mengekalkan rekod xg tgk sembelih lembu utk tahun ke 6 berturut2.

smlm aku p jalan2 dgn gembira

Cik Kmar said...

wah. dh 6 thn. jalan2 je la ko jwbnye ek.