Pages

Thursday, December 18, 2008

Orang Kampung Kolot VS Orang Kampung Maju


(Entri ini adalah luahan perasaan, dipersilakan tidak membacanya sekiranya anda rasa tidak menarik. Tiada kaitan dengan anda semua, orang yang berkaitan di dalam cerita ini saya yakin tidak akan membaca blog ini kerana mereka 'Orang Kampung Kolot' yang buta IT)

Sekadar gambar hiasan

Ada orang yang memang menyibuk hal orang. Dah la menyibuk lepas tu komen2 pulak pasal kehidupan orang. Siap kutuk2 lagi. Apa kes ye org2 sebegini buat camni. Ada faedah ke kat dieorg?

Bertembung dengan seorg saudara saya yg saya boleh gelarkan 'Orang Kampung Kolot' semalam, benar2 buat saya rasa menggelegak. Saya rasa tiada org pernah mengomen mengenai apa keputusan saya buat dlm hidup, termasuk parents saya. Dia tiba2 suka hati shj condemn. Mengutuk saya yg belum terfikir lagi untuk bekerja tetap kerana membuat keputusan ingin melanjutkan pelajaran terlebih dahulu, katanya saya tidak bosan2 lagi ke belajar, tak rasa nak berbakti dah ke? Hm. Kolot dan Bodoh jugak. (Bukankah kalau saya melanjutkan pelajaran, saya dapat berbakti dengan lebih banyak lagi kepada orang lain?) Lepas tu kutuk saya yang belum bekerja tetap lagi sehingga skrg, ditanyanya tidak bosan ke duduk rumah. Hey, takkan saya nak announce every single things yg saya buat dlm hidup saya, takkan saya nak war2 kan setiap tawaran kerja yg saya dpt kpd 1 kampung supaya org tak kutuk? Saya lebih suka berdiam diri daripada mengeluarkan perkataan2 bodoh.


Saya gelarkan die 'Orang Kampung Kolot' kerana org2 kampung biasanya tidak sabar2 mahu anaknya bekerja, dan tidak kisah kalau anaknya setakat belajar sampai SPM, dan masih ramai golongan2 muda berfikiran sebegini (Saya berkata sedemikian kerana saudara saya yang mengutuk saya itu sama umur shj dgn saya). Kalau 'Orang Kampung Maju', golongan2 ini merelakan anak mereka belajar sampai ke tahap tertinggi, mengetahui, menghormati dan memahami bahawa keputusan anak mereka adalah yg terbaik untuk mereka. Saya rasa even ibu bapa saudara saya pun tidak pernah mengomen dan mengutuk saya, walaupun mereka bukan berpendidikan tinggi, kerana mereka adalah jenis orang yg menghormati cara dan keputusan hidup orang lain.
Hm.

Saya baru shj berfikir sebelum ini bahawa 'Orang Kampung Kolot' ini mungkin terdiri drp golongan tua shj, tp apabila contoh org muda berada di depan saya, saya rasa sedih. Kerana kalau lebih ramai org mcm ini berada di kampung saya, alamatnya makin mundur la kampung dan negeri saya pada masa depan.


Saya orang kampung juga. Tapi saya belajar di banyak tempat. Dan kerana pendedahan budaya dengan luas inilah yg menjadikan saya seorg yg berfikiran terbuka dan menghormati kehidupan org lain. Malahan, kalau org yg belajar tinggi2 membuat keputusan untuk menjadi surirumah sekalipun, saya tidak akan kutuk, dan saya faham. Kehidupan manusia berbeza, kita perlu memahami dan menghormati apa yang mereka pilih dalam hidup mereka, kerana itulah yg mereka rasakan yg terbaik dalam hidup mereka. Jadi jangan pernah mengutuk atau condemn keputusan yang dibuat oleh org lain mengenai kehidupan mereka. Itu cukup untuk membuat mereka sangat2 kecil hati terhadap anda.

Pesanan saya, janganlah jadi 'Orang Kampung Kolot', walau sekampung manapun asal anda. Jadilah 'Orang Kampung Maju' yang lebih berfikir mengenai agama, bangsa dan negara. Fahami perasaan org dan jangan pernah mengomen pilihan hidup mereka. Dan hormati org lain kerana dengan cara itu, org lain juga akan hormat kepada kita. Sekian...

9 comments:

ty said...

yo y0 agogo
hahahahaha=p
dia jeles kat mung tu
ye ar dh le cun melecun
jangok, body mantap
pastu bijak leh g bljr oberseeee
hiks=p
chillz
nway kaksyu dh blk ke tganu tau

saudagar gaRAM.. said...

org bandar pon bukan semua MAJU..
ada juga yang KOLOT juga beb..


gua penah jumpa..
hahaha...

Cik Kmar said...

ahax. agoknye betul cakap cik ty tu, die jeles ngan aku. hua3. nnt aku jmpe kak syu di terengganu.

org bndr pn ade gk yg x maju ye Garam. wah2. ku sangka org kmpung aje. huhu.

ihsan_huhu said...

haha.. nih buleh mencetuskan perang saudara nih

belalang kicap said...

len kali dok kt tepi kubor mcm aku
sonot..xde pon org kg kolot nk kaco idop
aku bebas melakukn ape yg aku suke
cume mngkin x berani sket la nk bjln mlm sbb takut jiran2 aku yg senyap tu menemani dlm diam plak
hiks~

xpe..jgn peduli org
jnji kite hepi

Cik Kmar said...

haha. perang saudara ek. xkn r. cume lps2 ni aku akan menyombongkan diri skit. mnyakitkn hati je bercakap ngn org2 kampung kolot nih. pmikiran mereka msih tertutup. keh3.

belalang oo belalang. umah hang tepi kuboq, mmg r depa xkn kaco hang. keh2.

thnx guys. kerana masih memahami dan menyokong aku. you are my best friends okay! ;)

FarHa said...

huh..semagt bc kmar punyer entry yg nih....sy SOKONG!!! ahaks...

my parents too...dieorg akan pastikan anak2 dier hbs belajor dulu..tak bg anak2 dier tak sambung belajar...sbb sumet dier nak anak2 dier berjaya..

kata umi "mie takkan bg hati mie kat anok2mie,tpmie bg iLmu,jdi selagi mie suruh belajor, belajor lah..harta leh cari bile kita berilmu..."

waaa tu lah nasihat yg melekat kat dlm otak sy sampai sekrg hehe...

pe2 pon sokong kmar sambung..muda ag kang...dok cam sy nihh umo 26 baru terkedek2 hbs degree waaaa sob sob

FarHa said...

huh..semagt bc kmar punyer entry yg nih....sy SOKONG!!! ahaks...

my parents too...dieorg akan pastikan anak2 dier hbs belajor dulu..tak bg anak2 dier tak sambung belajar...sbb sumet dier nak anak2 dier berjaya..

kata umi "mie takkan bg hati mie kat anok2mie,tpmie bg iLmu,jdi selagi mie suruh belajor, belajor lah..harta leh cari bile kita berilmu..."

waaa tu lah nasihat yg melekat kat dlm otak sy sampai sekrg hehe...

pe2 pon sokong kmar sambung..muda ag kang...dok cam sy nihh umo 26 baru terkedek2 hbs degree waaaa sob sob

Cik Kmar said...

hihihi cik farha. thnx yup for supporting me.

sumtimes in our lives we look for money and we respect people with lots of money. but money didnt give us as much satisfaction like knowledge do. ;)

so selagi bdn terdaya, mari kita menuntut ilmu. gambate!