Pages

Thursday, November 6, 2008

Perasmian World Endurance Championship in Terengganu

Semalam randomly, saya dihubungi oleh rakan saya, Siti Munirah, dia meminta tolong untuk saya mencukupkan orang yang diperlukan sebagai Petugas/Crew untuk acara pembukaan World Endurance Championship di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Terkejut juga kerana dieorang memanggil orang sangat2 la last minute. Tapi tak mengapa, saya yang tiada kerja, lalu join tanpa segan silu. Diminta untuk memakai baju kurung dan sopan, rupa-rupanya dieorang mencari perempuan untuk menjadi penyambut tetamu. Oh.

Ruang legar depan pintu masuk utama stadium

Tugas kami senang sahaja, menyambut peserta-peserta luar negara yang menyertai acara ini, dan menunjukkan tempat duduknya dalam stadium itu. Yang penting sila senyum selalu. Haha. Daripada pengalaman dan cakap2 orang, memang peserta dari UAE agak pelik, dieorang pergi ke mana2 pun, dieorang minta untuk diberi tempat duduk yang special dan diasingkan daripada peserta2 negara lain. Ya, sungguh pelik, tapi tak mengapa, kami hanya mengikut arahan orang atasan, yang sememangnya telah menyediakan tempat duduk mereka yang duduk berasingan daripada peserta2 negara lain.

Tag Kami

Saya berpeluang melihat Agong dan permaisuri, serta Dato' Najib dan isterinya. Permaisuri Nur Zahirah nyata lebih cantik dilihat depan mata berbanding daripada dalam gambar. Baginda juga kelihatan lebih langsing berbanding sebelum ini. Dan yang pasti, baju-baju yang dipakai baginda, saya selalu berkenan dan teringin sangat untuk ada baju-baju seperti itu. (Ya Kmar, sila jangan berangan, kerana baju-bajunya adalah mahal sekali. Haha.) Saya mengagumi Permaisuri ini kerana dia adalah antara beberapa permaisuri diraja yang memakai tudung. Tidak perlu untuk berpakaian ketat, jarang atau singkat, baginda memang sentiasa kelihatan berseri dengan gayanya yang tersendiri.

Perasmian sangat simple. Ada tarian dan persembahan sikit2, kemudian perarakan masuk peserta2, kemudian ucapan perasmian. Tidak lupa, bunga api. Huhu. Sangat ramai orang yang datang dan sangat ramai orang yang bertugas. Sungguh pening kepala melihat kelompok manusia yang ramai itu.

Kebosanan yang amat lalu mengambil gambar berhampiran pokok yang dihias dan dicantas menjadi replika kuda

Saya pulang pada pukul 11.45pm. Selepas tugas saya selesai. Enak juga ye menjadi penyambut tetamu dikala kebosanan begini. Hiks~

3 comments:

ihsan_huhu said...

gle pokok pon bentuk kuda

Anonymous said...

ofcourse. kate pertandingan yg gune kuda. haha.

nadxoxo said...

wah seronoknye boleh turut serta. sonok2. tapi taktau plak ade bende ni kat trg :P (duduk bawah tempurung)