Pages

Thursday, October 9, 2008

Top 200 Universities 2008


Tahniah kepada universiti kesayangan ku yang menjadi tempat menimba ilmu ku selama lebih kurang 4 tahun, kerana masih lagi mampu mengekalkan taraf sebagai top 50 universiti di dunia. Tahun 2008 menyaksikan kejatuhan yang agak mendadak bagi University of Melbourne, di tempat ke-38, berbanding tempat ke-27 pada 2007, ke-22 pada tahun 2006 dan tempat ke-19 pada 2005(zaman paling gemilang universiti ku).

University of Melbourne berada di tempat ke-3 di kalangan universiti2 Australia, di belakang Australian National University(tempat ke-16) dan University of Sydney(tempat ke-37). Manakala universiti2 lain di Australia yang tersenarai dalam Top 200 Universities bagi tahun 2008 ialah University of Queensland (ke-43), UNSW (ke-45), Monash University (ke-47), UWA (ke-83), University of Adelaide (ke-106) dan Macquarie University (ke-182).


Tiada satu pun universiti di Malaysia tersenarai dalam Top 200 Universities untuk tahun 2008 ini. Thailand menyaksikan sebuah universitinya, Chulalongkorn University berada di tempat ke-166, mengulangi kejayaannya menempatkan diri di kalangan 200 universiti terbaik dunia pada tahun 2007. Singapura pula berjaya menempatkan dua buah universitinya di kalangan 200 universiti terbaik dunia, National University of Singapore(ke-30) dan Nanyang Technological University(ke-77).

Dan seperti biasa, Top 5 universities 2008 mengikut turutan adalah Harvard University, Yale University, University of Cambridge, University of Oxford dan California Institute of Technology.

Sekian sahaja untuk laporan Top 200 Universities bagi tahun 2008. Semoga University of Melbourne akan berusaha dengan lebih gigih untuk memperbaiki ranking universiti pada tahun2 hadapan. Sekian, terima kasih.

Laporan dipetik dari
QS Top Universities

7 comments:

ihsan_huhu said...

fuh.. pandai2 dak zaman skang.

cik-b said...

uishh..
mantap la uni ko kmar
segan aku dibuatnye

Cik Kmar said...

ala cik-b. u tau xpe uni i mntp. hahahaha.

(perli siot ko kama, bkn uni ko gk ke dlu. jg ko bile aku jmpe ko nnt. haha)

Kujie said...

nk kena msk kan u ni dlm list utk anak2 nnt...hehe

beragan tak sudah

Cik Kmar said...

hehe mama, possible ape. bkn stakat brangan je tau. psti boleh! hehe

syu ;P said...

hebat pulak uni no.37 tu ;P uni je hebat, budak lam uni tu hangat2 taik hayam sajork.hahah

Cik Kmar said...

hebat siot uni no 37 tu takot i ngn student2 die :p