Pages

Monday, October 27, 2008

Majlis Sambut Menantu Faisal & Hati

Semalam, 26 Oktober 2008, rombongan daripada keluarga kami bertolak bersama-sama dengan pengantin perempuan, iaitu kakak ku, ke rumah suaminya di Manir, Terengganu. Senang betul kakak aku, kahwin dengan orang 1 negeri, 1 daerah pulak tu. Memang takde masalah la korang nak balik kampung nanti ye. Jeles2.



Majlis berlangsung sekejap saja, tujuannya cuma untuk menghantar kakak ku ke rumah mentuanya. Kami tiba di destinasi pada jam 11.45pm dan bermula lah perarakan masuk ke kawasan rumah suaminya itu.

Selepas bergambar dan perut kenyang, kami pun pulang. Sungguh bosan aku 2-3 hari ni, asyik makan daging aje. Muak jugak la. Hehe. Tapi takpe, dah rezeki makan daging kn, telan je la. Kepada kawan2 yg ada ahli keluarga nak kahwin dalam masa terdekat ni, jangan lupa jemput ye. Kalau korang yg nak kahwin lagi la wajib jemput aku. Hmm.

Dan hari ini juga, semua kakak2 ku pulang ke tempat kerja masing2, jadi sunyi la kembali rumah ini tanpa suara kanak2 kecil yang merupakan cucu2 parents ku. Kalau ade dieorang xde la bosan sgt, leh main2. I love kids. Nak tunggu anak sendiri lambat lg kn. Hmm. Alahai rindu dah kat anak2 saudara aku. :'(

7 comments:

ihsan_huhu said...

ade lauk labu yg manis tuh x?

aku g kenduri kawen kat besut dlu ade labu manis2.. mcm bes je

ceklat said...

tahniah utk mak ko ye dpt menantu agi..
xlama agi mak ko kena berarak ke sawak le plak..hiks=p
nway saye nmpk henbeg itewww..
*wink*wink*

Cik Kmar said...

amboi2 ceklat bnyk ko nye id ye. kenal ye handbag tu. haha. sesuai kn dgn i. ;p

Cik Kmar said...

oh ye ihsan, lauk labu manis tu ofkos ade. lauk yg agak wajib utk kenduri kat ganu nih. org2 luar cm korg suke sgt lauk tu kn, haha. kami org2 ganu ni mkn nasi hari2 slalu je ade lauk tu. hehe.

nadxoxo said...

tahniah kmar dpt kakak ipar baru :)

C i k D a d a said...

nad..sebenarnya dia dapat abg ipar baru..
hehehe...
nway..ko bile lagi kmar??

Cik Kmar said...

hehe mekasey cik dada kerana betulkan psl abg ipar tu. turn aku lmbt lg, dlm 2-3 thn lg kot. hiks~