Pages

Saturday, October 4, 2008

Biskut Dahlia dan Biskut Sarang Semut



Biskut Dahlia

Biskut yang biasanya dihidangkan pada hari raya ini juga terkenal dengan nama biskut semperit dan biskut bunga cina..
Bahan-bahan:-
300gm mentega
Secawan gula

2 cawan tepung

1 cawan tepung jagung

1.5 cawan tepung kastad

2 biji kuning telur

Esen vanila

Ceri untuk hiasan


Cara membuat:-
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Campur kan tepung-tepung di atas sehingga terbentuk menjadi doh. Kemudian masukkan ke dalam acuan dan picit/bentukkan seperti biasa. Tambah kan ceri di atas untuk hiasan (boleh juga guna manik/chocolate chip).


Biskut Sarang Semut

Bahan-bahan dan cara membuat:-

Bahan-bahannya sama seperti bahan-bahan untuk membuat biskut dahlia, tetapi ratio tepung-tepung kepada mentega perlu dikurangkan sedikit (juga gunakan hanya 1 biji kuning telur instead of 2) untuk menghasilkan adunan yg lebih lembut. Doh yang lembut itu kemudiannya diparut ke dalam bekas, dan sudukan doh yang telah diparut kecil-kecil itu ke dalam paper cup. Taburkan chocolate rice sebagai hiasan.

Biskut-biskut ini adalah biskut yg wajib ada di rumah saya pada hari raya, resepi tradisi turun temurun. =)

1 comments:

fifie ierina said...

thanks for the recipe sis, saya nak buat nanti insyaAllah.. sangat rindu dengan kuih nie masyaAllah, ngaaaa!! ='((