Pages

Wednesday, September 24, 2008

Resepi Ikan Singgang (Ikan Tongkol)


Masakan tradisi Pantai Timur ini sesuai untuk orang yang suka makan ikan, orang yang jaga badan/diet sebab tidak menggunakan santan/minyak langsung dan tiada ayam(ayam sekarang boleh menyebabkan kegemukan kerana disuntik hormon2 seperti estrogen!) Satu resepi turun temurun yang sihat. Senang, mudah dan cepat untuk dimasak. Resepi ini ada iras-iras dengan masakan ikan pindang untuk orang sebelah pantai barat semenanjung Malaysia.


Bahan-bahan:
2-3 bahagian ikan tongkol (boleh diganti dengan ikan selayang/kembung etc)
2-3 ulas bawang putih dihiris
2 keping asam keping
Lengkuas sebesar ibu jari
Sedikit kunyit debu
Garam dan gula
Air

Cara-cara:
Basuh ikan bersih-bersih (sebolehnya gunakan ikan segar kerana ikan amat mempengaruhi rasa kuah), masukkan dalam periuk. Tambahkan air secukupnya, bersama hirisan bawang putih, lengkuas dan asam keping. Panaskan atas dapur, tambahkan kunyit, gula dan garam secukup rasa sehingga menggelegak. Siap! Jangan lupa tambah cili padi untuk orang yang gemar makanan pedas.

Masakan ini enak dimakan bersama nasi dan amat sedap apabila dimakan bersama sambal belacan atau budu atau yg sewaktu dengannya. =)

0 comments: