Pages

Saturday, September 20, 2008

Petua Tradisional

Saya ingin berkongsi dengan anda petua-petua yang saya amalkan apabila saya mengalami sakit perut, demam dan selsema. Petua-petua ini saya amalkan sejak kecil lagi. Diturunkan daripada ibu saya...

1. Teh pekat untuk merawat sakit perut akibat salah makan

Jika anda mengalami cirit birit kerana tersilap makan, bancuh segelas teh pekat, kalau guna uncang tu dalam 2-3 uncang dalam 1 cawan kecil, jangan bubuh gula. Minum teh pekat itu. Insya-Allah sakit perut anda akan pulih dan proses penyahtinjaan anda akan kembali normal.

2. Asam jawa untuk merawat demam panas

Ketika kecil dulu, ibu saya sering mengamalkan petua ini apabila anak-anaknya mengalami demam panas. Asam jawa dibancuh dengan air biasa atau suam, kemudian disapu pada kepala orang yang sedang demam panas. Insya-Allah, badan akan pulih lebih cepat dan suhu badan akan turun kepada normal.

3. Limau nipis untuk merawat selsema

Jika anda diserang selsema, perahkan limau nipis (bilangan limau nipis bergantung kepada anda) ke dalam segelas air suam, kalau boleh jangan tambah gula. Amalkan beberapa kali sehari semasa diserang selsema. Jika sukakan teh, boleh perahkan limau nipis ke dalam teh suam. Insya-Allah demam selsema akan pulih secepatnya. Petua ini juga dikatakan dapat mengempiskan perut yang buncit.

Sila lah cuba petua-petua di atas jika anda diserang sakit-sakit seperti di atas. Insya-Allah mujarab.

2 comments:

ty said...

o0o0 limaun nipis..
petuau utk xmop erut muncet..hiks=p

Cik Kmar said...

haha. mmg limau nipis leh kempiskan perut. tp kne amalkn slalu la. jgn hangat2 taik ayam je cam haku ni. ngeh3.