Pages

Wednesday, September 17, 2008

Nuzul Quran 17 Ramadhan

Hari ini adalah hari cuti bagi negeri Terengganu, kerana hari ini adalah hari nuzul Quran. Hari di mana Al-Quran yang merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW diturunkan secara berperingkat-peringkat sehingga lengkap. Oleh kerana kebanyakan ahli keluarga saya merupakan kakitangan kerajaan di Terengganu, jadi ramailah yang ada berehat-rehat di rumah ini.

Sedar tak sedar sekarang sudah hari yang ke-17 kita berpuasa. Ini bermakna tidak sampai dua minggu lagi kita akan berhari raya. Saya agak excited untuk hari raya kali ini kerana kemungkinan besar semua ahli keluarga saya akan pulang ke rumah di Terengganu untuk berhari raya. Memandangkan adik beradik saya sangat ramai, berjumlah 11 orang, jadi memang sukar lah untuk ada kesempatan mengumpulkan semua adik beradik dalam satu masa yang sama. Memang sangat bising dan meriah bila dapat mengumpulkan satu keluarga dengan lengkap apatah lagi ibubapa saya sudah mempunyai 4 orang cucu. Memang seronok.Tidak sabar rasanya nak beraya tahun ini.


Kat bawah ini saya tuliskan lirik lagu(tiada kaitan dengan perkara-perkara yang saya tuliskan di atas) kegemaran adik-adik saya, lagu tema cerita Indonesia, Soleha yang dieorang selalu tengok kat TV9 pukul 5.30-6.30pm setiap hari. Memang menarik liriknya dan best sungguh iramanya. Lagu by Ungu, bertajuk Sesungguhnya. Ternyata Ungu memang banyak menghasilkan lagu-lagu agama yang menarik, dan lagu-lagu ciptaan mereka tidak hanya tertakluk kepada lagu-lagu komersial rock etc itu. Enjoy the lyric!
Saat dunia berhenti berputar
Saat manusia tak sanggup lagi berharap
Ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
Menyinari dunia yang tlah kau singgahi

Mampukah kau untuk berbagi
Tanpa hasrat ingin diberi
Di hadapan-Nya
Di hadapan-Mu ya Allah

Sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati surga
Tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmat-Nya
Tanpa tulus di hatinya

0 comments: