Pages

Tuesday, September 2, 2008

Happy Birthday Cik Kimah

Hari ini merupakan harijadi adik bongsuku, Nur Hikmah yang ke-10. Dah besar dah rupanya adik aku ni. Dulu-dulu dia ni baby aje. Tapi kemanjaannya tetap maintain, dah kata anak bongsu, lagi-lagi ada kakak dan abang yang ramai kan.

Sebenarnya aku pun lupa hari ini harijadi dia. Hak2. Lepas akak aku balik kerja dari hospital tiba-tiba dia nyanyi lagu birthday kat si Kimah ni sambil hulur kek, time tu baru aku sedar hari ini harijadi dia. Semalam aku dah ingat, tapi hari ini tak terlintas pulak hari jadi minah kepoh ni. Dia ni dulu-dulu tak reti buat kerja apa pun, tapi sekarang bila aku dah balik dah bagus. Rajin dia tolong mak dengan kakak-kakak dia buat kerja. Kira dah boleh harap la. Kata dah besar kan.

Hari ni jugak aku suka makanan-makanan buka puasa rumah aku. Haha. Sebab ada makanan-makanan yang aku dah lama tak makan dihidangkan tadi. Seronoknya.

Lepas terawih baru kiteorang potong kek si birthday girl tu. Kek-kek yang simple aje kakak aku beli, dah kata cuma 5 beradik aje sekarang ada kat rumah kan, ramai yang duk asrama n negeri lain segala bagai. Semoga adik bongsuku yang semakin membesar ni jadi seorang anak dan adik yang lebih baik lepas ni. Amin.

2 comments:

ihsan_huhu said...

gle r.. bia btol dh besa dh budak kecik tuh

Cik Kmar said...

haha. dolu ko jmpe die baby je kn. skrg dh 10 tahun. tp die ni badan kecik agi wpun dh 10 thn. cm body dak darjah 1 atau 2. mmg genetically kecik kot. huhu