Pages

Friday, August 22, 2008

'Kampung' Parkville dan Taman-tamannya

Petang tadi saya pergi ke pos ofis untuk menghantar sedikit sebanyak barang-barang souvenir yang ingin saya bawa pulang, memandangkan check-in luggage saya sudah tiada ruang. Kemudian on the way balik ke rumah saya balik melalui jalan yang saya jarang lalu, jalan yang melalui segala bagai taman di Parkville ni. Baru sedar yang Parkville ni memang penuh dengan kehijauan yang nyata, siap ada kolam-kolam air yang menarik lagi. Nasib baik saya sempat tengok semua ni before saya meninggalkan kampung Parkville ini. Hehe.

Bergambar depan kolam di taman belakang rumah yang saya baru sedari kewujudannya. Oh!

Besarnya la taman ini. Masa saya ambil gambar ni, kedudukan saya adalah di tengah-tengah taman, yang bermakna di sekeliling saya banyak lagi pokok-pokok, rumput-rumput dan yang sewaktu dengannya. Ahh segarnya udara di sini.
Sedang enak berjalan-jalan, tiba-tiba ada ternampak benda yang ala-ala tugu peringatan. Lepas baca info kat situ memang betul la benda ni untuk remember something-something seperti yang ada dalam gambar bawah ni.



Saya tak tahu pun tentang kewujudan 'tugu peringatan' ini walhal taman ini di belakang rumah saya sahaja. Nampak sangat saya jarang exercise kat taman! Haha kantoi.

Dengan berjalan-jalan di taman yang besar tadi sedikit sebanyak dapat mengurangkan kepenatan saya yang baru penat mengangkat kotak-kotak berat tadi. Memang sesuai lah gelaran 'The Garden State' yang diberikan kepada Victoria yang merupakan negeri kepada Melbourne ini kerana kehijauan taman-tamannya yang nyata.

2 comments:

ihsan_huhu said...

"mengajak enche abang melalui jalan2 yg xpernah dilalui.. jalan belakang.."

Wooo~~

Cik Kmar said...

dh edit dh. ish. otak kuning la ko ni. haha~