Pages

Tuesday, August 12, 2008

Bubur Nasi

Petang tadi saya cakap saya nak makan bubur nasi. Sekarang dalam mulut saya ini ada 3 ulser mulut yang menyukarkan saya untuk kunyah makanan, sebab sakit. Jadi saya masak la bubur nasi supaya senang untuk dimakan.

Kepada siapa-siapa yang mahu mencuba masakan bubur nasi ni, saya sertakan resepi di bawah ni;

Bahan-bahan:
2-3 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 cawan nasi
4 cawan air (boleh kurangkan@lebihkan ikut selera nak bubur tu lembik tahap mana)
Mix vegetable
Bebola ikan/daging/udang dihiris nipis (suka hati)
Kiub ayam (optional)
Tauhu goreng
Gula dan garam secukup rasa
*Boleh juga tambah potongan ayam, ikan bilis dan lain-lain

Cara-cara:
Masukkan nasi dan air ke dalam periuk bersama-sama dengan bawang merah, bawang putih dan halia. Masak sehingga nasi menjadi seakan-akan bubur. Tambahkan gula, garam dan kiub pati ayam. Kemudian masukkan bebola-bebola yang dihiris bersama-sama mix vegetables dan tauhu. Hidangan lebih kurang untuk 3-4 orang.

Selamat mencuba~

0 comments: