Pages

Saturday, August 30, 2008

Back in Terengganu

Alhamdulillah, i am back in my beloved hometown, Terengganu Darul Iman, semalam pukul 10 pagi. Saya sampai di KLIA pada pukul 6.30 pagi dan terus mengambil flight transit ke Kuala Terengganu pada pagi semalam juga. Perjalanan saya selamat dan sesampainya saya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud ayah saya sudah pun menunggu saya.

Sekarang saya sudah pun berada di rumah bersama dengan family yang tercinta. Dan saya sebenarnya masih dalam proses untuk menyesuaikan diri di Malaysia dan Terengganu, setelah berada di Australia selama lebih 3 tahun. Waktu tidur malam dan bangun pagi saya masih mengikut waktu Melbourne, atau dalam erti kata lainnya, biology clock untuk badan saya masih belum di-Malaysia kan sepenuhnya lagi. Saya juga perlu menyesuaikan diri dengan cuaca Malaysia, dan alhamdulillah badan saya tak meragam dan saya sihat walaupun perubahan cuaca berlaku secara mendadak, memandangkan Melbourne sedang winter dan Malaysia pula dalam 23-35 darjah celcius. Tidak lupa juga saya perlu menyesuaikan diri dengan culture hidup di Malaysia dan Terengganu khususnya. Memang lain rasanya apabila saya yang selama ini biasa dikelilingi masyarakat multicultural di Melbourne tiba-tiba dikelilingi oleh masyarakat Melayu (yang merupakan asal-usul saya) sepenuhnya.Saya berharap semuanya akan baik secepat mungkin.

Sekarang saya agak sibuk meng'apply' jawatan-jawatan kosong yang keluar dalam iklan yang berkaitan dengan bidang saya. Dalam masa yang sama saya juga sedang mencari peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana secepat mungkin. Semoga Allah permudahkan semua urusan saya, samada saya bekerja atau menyambung pelajaran, semoga Allah tetapkan yang terbaik untuk saya. Amin.

1 comments:

ihsan_huhu said...

fullamak..bes siot.

lame sial aku xbalik