Pages

Monday, July 28, 2008

Resepi Butter Cake


Butter cake is one of my favourite cakes. Kek nya adalah kek basic kepada kebanyakan kek. Beberapa kali juga la try buat kek ni, menggunakan banyak jenis resepi. Dan dalam banyak2 resepi yang saya pernah cuba, resepi kat bawah ni adalah yang terbaik yang pernah saya cuba. Jumpa resepi ni dalam bahagian resepi akhbar The Star masa zaman muda-muda dulu. Dia bagi resepi ni dalam sukatan berat sebenarnya, tapi saya dengan memandai nya telah convert kan berat-berat tersebut kepada cup/cawan untuk memudahkan kerja menyukat. Ehehehe.

Berikut adalah bahan-bahan nya;


250gm Butter

1 cup sugar

1 cup self raising flour

4 eggs
vanilla essence
3-4 tablespoons full cream milk
A pinch of salt

Mula-mula pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan secubit garam. Kemudian masukkan beberapa titik esen vanila.

Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul dan gaul sampai sebati.
Masukkan tepung naik sendiri, sedikit demi sedikit, gaul sebati.
Kemudian campurkan dengan beberapa sudu susu segar tu. Gaul dan pukul sampai sebati lagi.

Kemudian masukkan ke dalam bekas untuk masak kek yang disediakan tu. Jangan lupa sapukan butter terlebih dahulu pada permukaan bekas kek itu untuk mengelakkan kek melekat pada bekas setelah ia masak nanti. Dan kalau boleh semasa masukkan adunan tu ke dalam bekas kek, pastikan adunan itu lebih rendah di tengah-tengah permukaan untuk memberi ruang kepada kek untuk mengembang dan kembali ke saiz yang elok setelah ia masak.
Bakar dalam oven selama 45-55 minit, dengan suhu sekitar 170-180 darjah celcius.
Bila dah masak tu, boleh la potong dan makan. Senang kan nak buat kek ni. Lebih sedap daripada kek yang korang buat daripada tepung kek instant yang kat supermarket tu, kalau korang pandai buat la. Resepi ni juga sebenarnya boleh digunakan untuk membuat cupcake, cuma pandai-pandai la korang buat hiasan atas cupcake tu sendiri. Haha.

Sedap kan. Kalau tak sedap, tangan korang la tu yang tak reti masak. Ahahahaha. Selamat mencuba~~

6 comments:

thangy said...

waaaa yum yum... but sadly got eggs.. cant eat...

Cik Kmar said...

aah kan tangy. tp i xreti la buat kek yg xde telur tu. nnt i try kek vegie lak r. leh kasik u mkn. hehe

cik-b said...

wahhhh
sifu memasak tgh tunjuk skill hebat
clap3
mantapss
=)

Kujie said...

alahaiii..dah pandai masak rupenya

dah lulus ni..nnt mama cop ISO

Cik Kmar said...

aaaaaa maluuuuu nye mama yg expert masak tengok resepi orang yang still tengah merangkak belajar memasak... maluuuu

ty said...

sedappp!!
ikhlas~tukang rasa:)