Pages

Monday, July 21, 2008

Petua Tradisional

Kita ni sebagai orang perempuan kena la pandai memelihara kecantikan kan. Bukan setakat kecantikan luaran je malahan juga dalaman. Hehe. Buat apa kalau muka cantik tapi perangai macam kurang sikit kan. Kalau boleh biar la dua-dua elok, laku sikit orang laki-laki nak ambil buat bini. Keh3~

Ok la. Malas nak bebel panjang-panjang. Dalam entri kali ini i mahu kongsi beberapa petua yang i pernah amalkan, especially masa duduk kat kampung dulu la kan. Datang Australia ni memang susah la sikit nak amal kan. Sebab kesusahan untuk mendapatkan bahan-bahan serta sibuk study. Konon la kan. Petua-petua kat bawah ni banyak untuk orang perempuan la, dah nama pun petua kecantikan kan. Petua yang simple dan senang untuk diamalkan juga la. Boleh diamalkan untuk siapa-siapa tak kira la lelaki atau perempuan.

1. Petua melembutkan rambut
~ Mula-mula ambil madu, bajet-bajet la jangan banyak sangat kan. Campurkan dengan telur kuning sahaja (jangan ambil bahagian putih telur dia), campurkan dengan madu tu dalam satu bekas. Kemudian sapukan pada rambut. Amalkan selalu kalau rajin. Petua ni memang boleh melembutkan rambut. I pernah amalkan petua ni masa sekolah menengah dulu bersama-sama dengan kakak. Memang dapat rasa rambut semakin lembut dan lebih berseri.

2. Petua mendapat kulit muka yang lembut dan licin
~ Kalau tengah kopek kelapa untuk dibuat santan tu, jangan buang air kelapa tu. Sapukan pada muka, biarkan beberapa minit. Kemudian baru basuh muka dengan air. Boleh melembutkan kulit muka jika diamalkan selalu. Petua yang susah untuk diamalkan oleh orang-orang bandar. Orang kampung senang sikit kot sebab selalu kopek buah kelapa sendiri kan. I tak pernah try pulak air kelapa muda orang selalu minum tu. Mungkin boleh juga kot. Hehe.

~ Air basuhan beras jangan dibuang. Sapukan pada muka air basuhan beras itu. Boleh lembutkan kulit muka jika selalu buat. Petua ini senang untuk diamalkan. Boleh try siapa-siapa yang nak dapatkan kulit muka yang lembut, licin dan secara tidak langsung kurangkan penumbuhan jerawat.

~ Daun lidah buaya tu ambil isinya kemudian sapu pada muka. Senang kan. Tapi kena ada pokok dia la baru boleh buat. Hehe. Boleh lembutkan kulit jika diamalkan selalu.

Ok la. Setakat ini dulu petua untuk hari ini. Lain kali i kongsi lagi petua-petua yang i pernah amalkan ye. Hehe. Selamat mencuba~

1 comments:

cik-b said...

patut la rambut u bsinar
kulit u tulus selembut sutera
u amalkn petu2 rupenye
bagus2
p i mls nk try
ahhaha