Pages

Saturday, July 12, 2008

Harapan

Semua kita yang hidup di atas muka bumi ini mempunyai harapan. Kita pertaruhkan harapan dalam banyak perkara, harapan dalam perjuangan, harapan dalam pelajaran, harapan dalam perkahwinan, harapan dalam persahabatan. Malah sejak lahir lagi ibu bapa kita menaruh harapan yang tinggi kepada kita, untuk menjadi seorang insan yang berguna kepada agama dam masyarakat. Tiada seorang pun yang bernafas di dunia ini yang tidak menyimpan apa-apa harapan langsung.

Tanpa kita sedari ataupun tidak, harapan-harapan yang kita pertaruhkan inilah yang memberikan kita semangat untuk meneruskan kehidupan kita di dunia ini. Tanpa harapan-harapan ini, kita mungkin tidak mampu untuk meneruskan perjuangan kehidupan kita dengan berani dan penuh keyakinan. Kerana setiap hari kita berharap agar apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan dan di saat itu kita pasti akan menjadi insan paling gembira dan bahagia, kerana impian kita menjadi kenyataan. Disaat itu kita mengerti bahawa tiada apa yang dapat kita ucapkan setanding dengan apa yang telah dilimpahkan kepada kita, kurnia daripada-Nya. Di waktu itu seharusnya kita melimpahkan kesyukuran kita kepada Yang Maha Esa kerana dengan izin-Nya apa yang kita impikan dijadikan kenyataan....

Sebagai insan yang masih diberi peluang untuk bernafas di dunia yang sementara ini, kita haruslah berusaha dan tidak berputus asa dengan apa yang ada di sekeliling kita, yang pastinya haruslah kita berharap apa yang diredhai-Nya. Jangan kita kecewa atau sedih jika harapan dan impian kita tidak menjadi kenyataan kerana pasti ada sesuatu yang lebih baik yang akan Allah berikan kepada kita di masa hadapan. Berdoalah kepada-Nya agar apa yang kita harapkan diberkati-Nya. Jangan pernah kita berhenti berharap hanya kerana kekecewaan yang pernah kita lalui di masa lalu, namun bangkitlah dan teruskan pengharapan yang murni untuk masa depan kita yang lebih diredhai-Nya. Insya-Allah....

2 comments:

cik-b said...

alhamdulillahh
mmg contoh imam besar
hiks~

Cik Kmar said...

uiks~ adakah itu pujian cik kama. mekaseyhss~